gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi dapat menari di keyboard menanda diri ini selalu ingin
kongsikan cerita bersama kamu semua.Sebelum itu marilah ucapkan
Alhamdulilah atas nikmatnya yang tak pernah putus dan marilah berselawat
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam hidup ini tiada
siapapun dapat lari dari masalah setiap manusia itu adalah yang
tersendiri, sama ada besar atau kecil. Sehinggakan kadang kala air mata
mengalir tanpa sedar.
Kadang
kala kita lihat keindahan pantai dengan deru ombak yang menenangkan
jiwa, ada ketikanya ombak membadai membelah jiwa, hujan turun dengan
lebat di temani sang lintar yang berdentum. Itulah kadang kala kita
terus di uji dan di uji bertimpa-timpa buatkan hati kita diam seribu
bahasa. Di situlah letakkannya kekuatan kita, keyakinan kita
terhadapNya. Jangan lemah duhai hati yang mendapatkan kasih sayangNya
pasakkan iman di dada, Dia selalu ada dengan kita.
Pernah
terjadi satu dalam hidup acik dimana beberapa peristiwa berlaku dalam
satu masa. Contohnya masa hari tersebut kad bank di telan di ATM, jadi
duit dalam poket tinggal Rm 5 sahaja, dengan hati yang lara baliklah ke
kolej, tiba-tiba tayar pancit, terpaksa menolak motor pula, tiba di
tempat biasa kedai motor tengok rupanya kedai motor tutup. Tolak motor
untuk pulang ke kolej dan tiba di kolej dah pukul 12 malam kena pula
sound dengan polis bantuan.
Adakah hari itu nasib "sial" ? atau hari malang ?
Pada
acik tidaklah, ianya adalah ujian dari Allah untuk menguji hambanya ini
yang banyak kali lakukan kesilapan. Di sebaliknya ada hikmah yang acik
tak sangka, kawan acik bagitahu kalau acik ikut laluan biasa acik lalu
pasti acik dah jadi arwah kerana berlaku kemalangan yang melibatkan
motor dan kereta menyebabkan 3 kematian.
Allahurabi
di sebalik sungutan kita, rupanya tersembunyi seribu satu hikmah yang
kita tak ketahui. Yup memang acik tahu ujian Allah itu adalah hadiah
dari Allah dan merupakan tarbiyah Allah. Sering kali alpa dengannya dan
saat di timpa kesusahan saat itu ingat Allah. Terima kasih ya Allah
kerana selalu ingatkan hambamu ini.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35
Setiap
manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Acik juga pernah
mendengar kisah yang diceritakan sahabat acik. Melalui air mukanya acik
dapat melihat penderitaan yang ditanggung olehnya. Penderitaan yang
ditanggung oleh suami, apabila si isteri ada lelaki lain diluar
pengetahuaannya. Dia begitu setia dan akhirnya di kecewakan oleh orang
yang dia sayang.
Ya
Allah. Ini adalah ujian yang diberikan Allah kepadanya. Bagaimana pula
ujian yang diberikan kepada kita? Ini semua terpulang kepada kita
bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu. Adakah ujian itu kita
terima dengan hati yang ikhlas dan redha atau sebaliknya. Ujian Allah
kepada manusia itu lebih ringan jika dibandingkan dengan ujian yang
diberikan Allah kepada Nabi-nabi terdahulu.
Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan
oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang
bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda
dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya
kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang
meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang
apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik
Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya
Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang
melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan
digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat
sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Pada
acik, ujian yang Allah turunkan pada ktia untuk mendewasakan kita, agar
kita tidak ulangi kesilapan yang sama. Jadi ambillah setiap masalah dan
ujian itu di gambaran di sisi yang baik. Allah takkan membebankan di
luarkan kemampuan kita.
http://www.akupenghibur.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan