Makhluk-makhluk yang
melata di muka bumi ini pada masa ini insyaAllah,berasal dari dalam
tanah. Walaupun tidak secara langsung berasal dari tanah, tetapi
semuanya memerlukan tanah. Sebagai contoh lihat pada perabot kayu,
asalnya dari pokok, pokok pula dari biji benih yang dapat hidup dari
dalam tanah dan mendapat makanan dari dalam tanah melalui akarnya.
Cuba lihat pula pada
barangan logam seperti body kereta, sudu besi, peralatan komputer, pisau
dan sebagainya. Logam itu pun berasal dari tanah yang mana kena gali
terlebih dahulu untuk mendapatkannya.
Begitu juga dengan
barangan plastik, getah, kaca, fibre glass dan sebagainya, di mana
semuanya dikorek dari perut bumi. Itu secara ringkas yang menunjukkan
manusia mencipta barang-barang daripada makhluk yang telah dijadikan
oleh Allah. Manusia tidak boleh mencipta sendiri barang-barang tanpa
makhluk-makhluk yang dijadikan oleh Allah S.w.t tadi. Lihatlah betapa
kerdilnya manusia di sisi Allah yang selalu memerlukan kepada Allah
sebagai tempat bergantung.
Kejadian nabi Adam
diciptakan secara langsung oleh Allah dari tanah. Tetapi kejadian kita
secara tidak langsung tetapi sebenarnya kita juga membesar dengan makan
segala apa dari tanah. Oleh itu kita juga adalah tanah sebenarnya tetapi
yang sudah mengalami proses perubahan bentuk. Sepertimana contohnya
tepung gandum yang diadun dengan air dan bahan-bahan lain yang akhirnya
sudah tidak menjadi tepung, tetapi menjadi roti, biskut dan sebagainya.
Sebagamana telah
diketahui melalui kajian ilmiah dibidang sains, proses kejadian manusia
di dalam rahim perempuan bermula apabila berlaku percantuman antara
sperma (mani lelaki) dengan ovum (mani perempuan). Dan ini juga
dibuktikan dengan dalil naqli dengan firman Allah S.w.t;
“Maka hendaklah manusia
memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang
dipancarkan, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang
dada perempuan.” Surah At Thariq : 5 – 7
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. ” Surah Al ‘Alaq : 1 – 2
Macam mana terhasilnya
air mani ataupun segumpal darah yang telah berubah bentuk itu dalam
tubuh manusia? Sudah tentulah ianya berlaku dari proses penukaran dari
apa yang dimakan oleh manusia. Tanpa makanan adalah mustahil air mani
itu akan terhasil secara sunnatullah. Kerana melalui proses penyerapan
makanan ke dalam tubuh kita maka sel-sel atau anggota-anggota lain
manusia dapat tumbesar dan menghasilkan bermacam-macam cecair, asid, air
mani dn sebagainya dalam tubuh.
Dari mana pula datangnya
makanan itu? Sudah tentulah sumber-sumbernya semua berasal dari dalam
bumi yang dijadikan oleh Allah S.w.t Yang Maha Perkasa lagi Maha
Berkuasa. Sebahagian besar makanan kita itu berasal dari dalam tanah
secara langsung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, koko dan sebagainya.
Dan ada juga yang tidak secara langsung dari tanah iaitu seperti lembu,
ayam, ikan, ketam dan sebagainya. Tetapi ketahuilah, apa yang dimakan
oleh binatang-binatang tadi? Sudah tentulah mereka juga memakan makanan
yang bersumber dari tanah seperti rumput, rumpai, dedaun kayu dan
sebagainya.
Jadi pokok pangkalnya,
semua kita ini datang dari Allah, tumbesar dari bahan yang sama, menetap
sekarang pun di tempat yang sama, memerlukan kepada sumber-sumber pun
yang sama, oleh itu mengapa perlu ada pergaduhan, perebutan, hasad
dengki, fitnah, busuk hati, dan sebagainya? Tidak kah kita perhati ,
bahawa apa yang sesuai bagi kesamaan itu adalah hidup yang bersepadu dan
berharmoni dengan mengabdikan diri kepada pencipta segala sesuatu yang
satu?????
“(Yang memiliki
sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan
selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah
Pemelihara segala sesuatu.” Surah Al An’aam : 102
“Dan Allah telah
menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu
ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua
kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah
menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu.” Surah An Nuur : 45
“Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.” Surah Az Zumaar : 62
Wallahu a’lam
*Sumber dari hikmatun.wordpress.com/ menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan