Pernahkah anda
terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan
dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya,
pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk
personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara
berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia lagi :-
1. Senaman membina peribadi positif :
Bersenam akan
meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan.
Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan
berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah
yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat
oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus
yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.
2) Merokok menambah usia wajah anda :
Tar dan nikotin
dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru
anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda
menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan
memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien
dalam darah menghampiri kulit anda.
3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua :
Walaupun berat
badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak,
kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak
tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan
meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90%
penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat
sejak dari usia muda.
4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun :
Siapa kata
hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat
dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan
penjagaan wajah.
5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain :
Sebagai isteri
dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak
sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan
peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi
yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa
untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan
stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi
“superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan
TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda.
Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa
berkualiti untuk diri sendiri.
http://www.sobriyaacob.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan