Sebelum Imam Shafie
meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat
perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa
barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka
lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri,
iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat
maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan
memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati
dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat
Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar,
meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat
Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t.,
membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki
akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah
s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada
sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH,
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada
melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak
melakukan kejahatan.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan