gambar hiasan |
Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha
mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda.
2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak
munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda
timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai
berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas
lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali
berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba
disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.
3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab
anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku
punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi
pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai
dia cemburu.
4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang
mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi
petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda
terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang
peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda
barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama
tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga
turut diceritakan.WOW!
6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti
bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti
anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda
walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas
dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk
menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.
7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk
berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap
anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya.
Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.
amekaw
Untunglah lelaki tu..
BalasPadamSaya rasa saya je yg masih menanti wanita yg nk kat sy...tak ensem..xde harta...emmm
Awk yg jual mahal la.
BalasPadamSy ajak awk nikah , awk tamo.
Now awk ngomel semberono lak.
aish..