Home Klik Di Bawah

Sabtu, 1 November 2014

Fakta -Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua rumah menggunakan dapur gas atau elektrik. Sesekali mungkin perlu juga menggunakan bahan bakar seperti arang untuk memenuhi selera untuk makan barbecue.

Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah
Nostalgia Dapur Kayu 
Teringat juga zaman dulu-dulu. Ketika itu dapur kayu dan arang adalah dapur utama untuk memasak. Tidak dapat dinafikan, memasak menggunakan dapur tradisional ini membuatkan rasa masakan lebih sedap dan enak!

Kemudian beralih pula ke dapur minyak tanah. Namun rasa masakan tidak sesedap dapur kayu dan arang tetapi ianya lebih mudah digunakan.Teringat juga masa itu semua kuali dan periuk belanga habis hitam bontotnya!
 
 


Kini, betapa bertuahnya kita kerana mengecapi kesenangan dan nikmat kemajuan yang telah merubah keadaan dapur kepada yang lebih selamat dan bersih. Tidak perlu bersusah payah lagi nak cari kayu api.
Namun ketahuilah hakikat dunia masa kini, masih ramai lagi yang belum dapat menikmati kemudahan dan kemodenan ini. Berbilion lagi yang masih terdedah dengan risiko bahaya akibat dari pencemaran udara di dalam rumah sendiri.

Kesan Pencemaran Udara Di Dalam Rumah

Lebih separuh penduduk dunia iaitu kira-kira 3 bilion orang masih memasak makanan mereka dengan menggunakan bahan bakar pepejal seperti kayu, tahi, arang batu, minyak tanah dan bahan api lain secara terbuka atau di dapur primitif di dalam rumah mereka. Ketahuilah juga bahawa iamya telah membunuh kira-kira seramai 1.5 juta orang setiap tahun! Ini menurut satu laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah

Memasak dengan bahan bakar pepejal dan minyak secara terbuka di dalam rumah telah mengakibatkan pencemaran udara yang sangat tinggi di dalam ruang yang tertutup. Ianya membawa risiko utama untuk penyakit radang paru-paru dikalangan kanak-kanak dan penyakit pernafasan kronik di kalangan orang dewasa. Asap di dalam rumah mengandungi banyak bahan pencemar yang boleh merosakkan kesihatan. Karbon monoksida dan tahap pencemaran zarah yang mungkin 20 kali lebih tinggi daripada garis panduan yang selamat.

Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah
Pencemaran Di Dalam Rumah
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara dalaman menjadi punca kepada kira-kira 2.7 peratus daripada penyakit radang paru-paru dan menyumbang kematian kira-kira dua juta kanak-kanak setiap tahun.

Pada tahun 2002 sahaja, hanya berpunca dari memasak menggunakan bahan bakar pepejal dan minyak telah menyebabkan hampir 800,000 kematian di kalangan kanak-kanak dan lebih daripada 500,000 kematian di kalangan wanita!


Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membantu keluarga berpendapatan rendah di negara-negara membangun untuk beralih ke dapur yang lebih baik iaitu menggunakan bahan bakar gas petroleum cecair, bio-gas, elektrik atau bahan bakar bersih yang lain. Berpindah dari dapur tradisional untuk mengurangkan asap di dalam rumah dan segera mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.

Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah

Peka Dan Prihatin Terhadap Pencemaran

Siapa sangka... dulu-dulu tidak pernah pun mengetahui akan bahaya ini. Tapi kini laporan telah membuktikan akan bahayanya penggunaan dapur tradisional ini digunakan untuk memasak setiap hari di dalam rumah. Tapi mungkin dulu biasanya dapur terletak di ruang yang terbuka di luar rumah telah menyelamatkan kita dari risiko yang berbahaya ini.

Pencemaran berlaku tidak mengira tempat, hanya kita perlu sentiasa peka dan prihatin. Seperti juga merokok didalam ruang yang tertutup. Ianya bukan sahaja membayakan diri sendiri malah orang lain. Sayangilah diri sendiri dan cintailah alam sekaitar. Elakkan dari melakukan pencemaran dan jauhkan diri darinya.
 relakssminda.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan