Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?
Bagus sekali... .
Sekarang keluarkan
benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang
jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu
anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi
perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? .
Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas
dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang
kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda
memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan
benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang
sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin
perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai
gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang
sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan
dalam membaca ayat suci.
Hari ini saya ingin
memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari
kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan
mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan
Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.
1.Tarik nafas melalui
hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. (
merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan
apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi
merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap
minda.
2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.
3. Arahkan kalimah
tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda
harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan
manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya
menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya.
Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah
halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu
anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya
suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran
anda.
4. Kemudian sila
tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah
tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini
anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya
lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah
suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x
lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di
dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda
berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan
"anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba
mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih
cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"
5. Mulalah membaca
Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat
lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang
sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah.
wasalam.
*Sumber dari isuhagat1.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan