Menikmati hidangan pedas ibarat menggamit selera agar terus berkunjung. Kuih tradisional juga mempunyai kelompok kuih pedas yang pasti menambat selera. Rasa yang unik dengan pelbagai bahan semula jadi pasti membuat selera semakin bertambah. Kali ini anda boleh mencuba resepi untuk sajian petang, Popia Sira.
Bahan-bahan inti:
½ biji sengkuang }
½ batang lobak merah } dihiris halus
¼ biji kubis }
2 ulas bawang putih – diracik
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 kiub pati ayam
Bahan-bahan (sambal sira):
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
Garam dan gula
Kulit popia
Campuran tepung gandum dan air untuk gam
Bijan yang disangai
Cara-cara membuat:
- Inti. Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masuk lobak merah dan kacau seketika.
- Kemudian masuk sengkuang dan kubis, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Kacau rata.
- Sambal sira. Cili kisar ditumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak.
- Masuk sos cili, garam dan gula secukupnya.
- Biar menjadi pekat dan berubah warna gelap.
- Ambil kulit popia dan letak inti di tengah-tengah. Gulung kemas dan gam di hujung.
- Goreng sehingga kekuningan kemudian tos.
- Akhir sekali gaul dengan sambal sira dan tabur bijan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan