Mereka yang taat akan menerima ganjaran, begitu juga sebaliknya
MATLAMAT hidup mukmin di dunia perlu difahami dengan
jelas. Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Dunia ialah jambatan untuk menuju di akhirat. Oleh
itu, manusia yang beriman dan takut kepada Allah SWT mesti berusaha
menghambakan diri semata-mata kepada Allah SWT. (rujuk al-An’am:
161-165).
Pengabdian diri kepada Allah SWT bukan semata-mata berzikir dan duduk
di dalam masjid pada setiap masa, malah semua urusan di dunia juga
termasuk dalam kategori pengabdian yang dilakukan menurut kehendak
syarak.
Kita hendaklah menyerahkan segala pekerjaan kita kepada Allah SWT
walaupun berusaha mendapatkan kemewahan di dunia. Islam ialah agama yang
lurus, universal, syumul, memenuhi kehendak manusia dan menepati
kehendak Allah SWT.
Islam mengajar penganutnya supaya sentiasa berpandukan al-Quran dan
hadis dalam menentukan halal dan haram sesuatu pekerjaan. Dengan ilmu
dan kefahaman seseorang Muslim, akan memahami tujuan hidupnya yang
sebenar.
Dalam kehidupan, jika sesuatu itu boleh membawa kebaikan kepada diri,
masyarakat dan agama, pasti ia akan diredai oleh Allah SWT. Semua
perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan, keburukan dan menyusahkan
diri, keluarga dan orang lain pasti diharamkan dalam Islam.
Islam ialah agama yang sesuai bagi semua bangsa tidak mengira warna kulit dan keturunan, diamalkan pada setiap masa dan tempat.
Pembawa rahmat
Manusia bertanggungjawab atas semua perbuatannya. Allah SWT memberi
tanggungjawab kepada setiap manusia supaya beriman dan beribadat
kepada-Nya. Mereka yang taat akan menerima ganjaran, iaitu diberi pahala
dan ganjaran syurga di akhirat kelak.
Golongan yang derhaka (Asi) pula akan mendapat balasan yang setimpal,
iaitu dosa dan neraka di akhirat kelak jika tidak bertaubat. Setiap
individu tidak boleh menanggung dosa orang lain dan tidak boleh
menyerahkan dosanya kepada orang lain. Dengan erti kata lain, setiap
individu bertanggungjawab atas amalan masing-masing.
Para rasul diutus untuk mengajak manusia mentaati perintah Allah SWT,
membimbing ke jalan yang diredai-Nya, mengajar cara melaksanakan ibadat
yang betul dan berakhlak mulia.
Balasan Allah SWT adalah adil mengikut perbuatan manusia dan tidak mengira darjat, kedudukan, harta, keturunan dan paras rupa.
Hikmah Allah SWT memberi kesusahan kepada manusia. Antara hikmah
Allah SWT menurunkan kesusahan kepada manusia adalah sebagai ujian
kepada manusia supaya mereka sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
Sekali gus memberi kesedaran kepada manusia supaya sentiasa
mengingati-Nya.
Nabi SAW bersabda: “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu
mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana sekalipun kamu
berada.” (riwayat at-Thabrani)
Lantaran itu, didik jiwa kita supaya tidak mudah lupa diri. Untuk
memberi kesedaran dalam diri manusia supaya mudah membantu orang yang
memerlukan pertolongan. Untuk terus mendekatkan diri manusia kepada
Allah SWT dan menambahkan ketakwaan.
Tanggungjawab manusia
Meliputi tiga bidang utama iaitu;
Al-ibadat – Manusia dicipta untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT. Ibadat merangkumi ibadat khusus seperti solat, haji,
puasa dan ibadat umum seperti bekerja, berniaga, belajar dan apa-apa
perlakuan manusia yang berfaedah.
Al-khalifah – Manusia perlu melaksanakan ajaran
Islam dalam kehidupan dan mentadbir bumi ini mengikut kehendak Allah
SWT. Contohnya, mendidik anak dan isteri mengikut acuan agama,
melaksanakan Undang-undang Islam dalam pemerintahan, adil serta berusaha
membahagiakan hidup keluarga dan masyarakat.
Al-Imarah (Pembangunan).
- Manusia perlu berusaha
membangunkan diri dan masyarakat dalam bidang kerohanian dan material
untuk memajukan masyarakat serta negara demi kesejahteraan semua.
Tugas manusia tertakluk kepada dua hubungan
Hubungan dengan Allah (hablum minallah) – solat, puasa dan haji.
Hubungan sesama manusia (hablum minannas) – berjual beli, amalan dan
adab berjiran, peningkatan ekonomi umat serta taat kepada pemerintah.
Manusia bertanggungjawab atas semua perbuatannya. Allah SWT memberi
tanggungjawab kepada setiap manusia supaya beriman dan beribadat
kepada-Nya. Mereka yang taat akan menerima ganjaran, iaitu diberi pahala
dan ganjaran syurga di akhirat kelak.
Golongan yang derhaka (Asi) pula akan mendapat balasan yang setimpal,
iaitu dosa dan neraka di akhirat kelak jika tidak bertaubat. Setiap
individu tidak boleh menanggung dosa orang lain dan tidak boleh
menyerahkan dosanya kepada orang lain. Dengan erti kata lain, setiap
individu bertanggungjawab atas amalan masing-masing.
Para rasul diutus untuk mengajak manusia supaya taat pada perintah
Allah SWT, membimbing manusia ke jalan yang diredai-Nya, mengajar
manusia cara melaksanakan ibadat yang betul dan mendidik manusia supaya
berakhlak mulia.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Aku tidak diutus untuk
(melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutus sebagai (pembawa)
rahmat. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Balasan Allah SWT adalah adil mengikut perbuatan manusia dan tidak mengira darjat, kedudukan, harta, keturunan dan paras rupa.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah memandang kecil
kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu menderhaka.”
(riwayat Ath Thusi)
Hikmah Allah SWT memberi kesusahan kepada manusia. Antara hikmah
Allah SWT menurunkan kesusahan kepada manusia adalah sebagai ujian
kepada manusia supaya mereka sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
Sekali gus memberi kesedaran kepada manusia supaya sentiasa
mengingati-Nya.
Nabi SAW bersabda: “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu
mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana sekalipun kamu
berada.” (riwayat at-Thabrani)
Lantaran itu, didik jiwa kita supaya tidak mudah lupa diri. Untuk
memberi kesedaran dalam diri manusia supaya mudah membantu orang yang
memerlukan pertolongan. Untuk terus mendekatkan diri manusia kepada
Allah SWT dan menambahkan ketakwaan.
e-pondok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan