Pengabdian diri kepada Allah SWT bukan semata-mata berzikir dan duduk di dalam masjid pada setiap masa, malah semua urusan di dunia juga termasuk dalam kategori pengabdian yang dilakukan menurut kehendak syarak.

Kita hendaklah menyerahkan segala pekerjaan kita kepada Allah SWT walaupun berusaha mendapatkan kemewahan di dunia. Islam ialah agama yang lurus, universal, syumul, memenuhi kehendak manusia dan menepati kehendak Allah SWT.

Islam mengajar penganutnya supaya sentiasa berpandukan al-Quran dan hadis dalam menentukan halal dan haram sesuatu pekerjaan. Dengan ilmu dan kefahaman seseorang Muslim, akan memahami tujuan hidupnya yang sebenar.

Dalam kehidupan, jika sesuatu itu boleh membawa kebaikan kepada diri, masyarakat dan agama, pasti ia akan diredai oleh Allah SWT. Semua perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan, keburukan dan menyusahkan diri, keluarga dan orang lain pasti diharamkan dalam Islam.

Islam ialah agama yang sesuai bagi semua bangsa tidak mengira warna kulit dan keturunan, diamalkan pada setiap masa dan tempat.

Pembawa rahmat

Manusia bertanggungjawab atas semua perbuatannya. Allah SWT memberi tanggungjawab kepada setiap manusia supaya beriman dan beribadat kepada-Nya. Mereka yang taat akan menerima ganjaran, iaitu diberi pahala dan ganjaran syurga di akhirat kelak.

Golongan yang derhaka (Asi) pula akan mendapat balasan yang setimpal, iaitu dosa dan neraka di akhirat kelak jika tidak bertaubat. Setiap individu tidak boleh menanggung dosa orang lain dan tidak boleh menyerahkan dosanya kepada orang lain. Dengan erti kata lain, setiap individu bertanggungjawab atas amalan masing-masing.

Para rasul diutus untuk mengajak manusia mentaati perintah Allah SWT, membimbing ke jalan yang diredai-Nya, mengajar cara melaksanakan ibadat yang betul dan berakhlak mulia.

Balasan Allah SWT adalah adil mengikut perbuatan manusia dan tidak mengira darjat, kedudukan, harta, keturunan dan paras rupa.

Hikmah Allah SWT memberi kesusahan kepada manusia. Antara hikmah Allah SWT menurunkan kesusahan kepada manusia adalah sebagai ujian kepada manusia supaya mereka sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Sekali gus memberi kesedaran kepada manusia supaya sentiasa mengingati-Nya.

Nabi SAW bersabda: “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana sekalipun kamu berada.” (riwayat at-Thabrani)

Lantaran itu, didik jiwa kita supaya tidak mudah lupa diri. Untuk memberi kesedaran dalam diri manusia supaya mudah membantu orang yang memerlukan pertolongan. Untuk terus mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT dan menambahkan ketakwaan.

Tanggungjawab manusia

Meliputi tiga bidang utama iaitu;

Al-ibadat – Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibadat merangkumi ibadat khusus seperti solat, haji, puasa dan ibadat umum seperti bekerja, berniaga, belajar dan apa-apa perlakuan manusia yang berfaedah.

Al-khalifah – Manusia perlu melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan dan mentadbir bumi ini mengikut kehendak Allah SWT. Contohnya, mendidik anak dan isteri mengikut acuan agama, melaksanakan Undang-undang Islam dalam pemerintahan, adil serta berusaha membahagiakan hidup keluarga dan masyarakat.

Al-Imarah (Pembangunan).
- Manusia perlu berusaha membangunkan diri dan masyarakat dalam bidang kerohanian dan material untuk memajukan masyarakat serta negara demi kesejahteraan semua.

Tugas manusia tertakluk kepada dua hubungan
Hubungan dengan Allah (hablum minallah) – solat, puasa dan haji.

Hubungan sesama manusia (hablum minannas) – berjual beli, amalan dan adab berjiran, peningkatan ekonomi umat serta taat kepada pemerintah.

Manusia bertanggungjawab atas semua perbuatannya. Allah SWT memberi tanggungjawab kepada setiap manusia supaya beriman dan beribadat kepada-Nya. Mereka yang taat akan menerima ganjaran, iaitu diberi pahala dan ganjaran syurga di akhirat kelak.

Golongan yang derhaka (Asi) pula akan mendapat balasan yang setimpal, iaitu dosa dan neraka di akhirat kelak jika tidak bertaubat. Setiap individu tidak boleh menanggung dosa orang lain dan tidak boleh menyerahkan dosanya kepada orang lain. Dengan erti kata lain, setiap individu bertanggungjawab atas amalan masing-masing.

Para rasul diutus untuk mengajak manusia supaya taat pada perintah Allah SWT, membimbing manusia ke jalan yang diredai-Nya, mengajar manusia cara melaksanakan ibadat yang betul dan mendidik manusia supaya berakhlak mulia.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Aku tidak diutus untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutus sebagai (pembawa) rahmat. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Balasan Allah SWT adalah adil mengikut perbuatan manusia dan tidak mengira darjat, kedudukan, harta, keturunan dan paras rupa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu menderhaka.” (riwayat Ath Thusi)

e-pondok