Assalamualaikum...
Kamu solat lima waktu tetapi...
kamu hanya
ingat pada ALLAH hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu
lupa padanya. Jika solat kamu 10 minit, 10 minit itu saja ingatan kamu
pada-Nya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripada-Nya.
Kamu solat lima waktu tetapi...
Kamu tidak
bersyukur pada-Nya. Kamu pada dahulunya amat susah. ALLAH yang memberi
rezeki kepada kamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluarga
kamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi hati kamu belum puas,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap diri kamu serba
kekurangan.
Kamu solat lima waktu tetapi...
Kamu masuh
menggunakan perkataan kesat kepada teman-teman kamu, menyakiti hati
mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan
bangsa kamu saja yabg baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempat kamu
di mahsyar nanti.
Kamu solat lima wakti tetapi...
Kamu masih
sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan
pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah ALLAH sendiri redha dengan apa yang ada
di sisi kamu itu.
Kamu solat lima waktu tetapi..
.
Kamu masih
menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh kamu, menggunakan wang
ringgit atau pun pangkat kamu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak
suka.
Kamu solat lima waktu tetapi...
Kamu amat bakhil untuk menghabiskan wang kamu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wang kamu akan habis.
Kamu solat lima waktu tetapi...
Kamu masih
menyimpan sifat dengki khianat kepada teman kamu yang berjaya dinaikkan
pangkat dan gaji kerana mereka berusaha sungguh dan kamu hanya bekerja
seperti hidup segan,mati tak mahu.
Kamu solat lima waktu tetapi...
kamu
mengabaikan anak isteri kamu yang kelaparan di rumah kerana kamu raja di
dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu solat lima waktu tetapi...
Kamu merungut
dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu
musibah itu datang daripada ALLAH. Kepada siapakah kamu rasa kamu
mencaci itu?. Tidakkan kamu fikirkan?.
Kamu solat lima waktu tetapi...
kamu menuntut
ilmu semata-mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga
keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat
amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada ALLAH.
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
Jika kamu solat lima waktu tetapi masih melakukan perkara di atas,
tidakkah kamu berfikir mungkin amal kamu itu tidak diterima?.
senjamendamaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan