Hati. Apa itu hati?? Hati merupakan
salah satu benda yang sukar untuk orang lain melihat, malah diri sendiri
pun adakalanya tidak faham dengan hati sendiri. Hanya Allah SWT sahaja
yang boleh melihat dan mengetahui segala selok belok dalam hati
seseorang itu. Saidina Ali berkata, ” Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati.”
Namun, hendaklah kita ketahui bahawa
terdapat beberapa jenis hati manusia yang digariskan dalam Islam. Jom
kita ketahui apakah jenis-jenis hati kita selama ini, sama ada baik
ataupun tidak baik.
JENIS-JENIS HATI MANUSIA
1) Hati Yang Tercemar
- Hati yang tercemar adalah hati yang di
dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan
sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah
rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang
disebut Allah s.w.t: “Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu
mereka”. Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat
mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari
oleh kekotoran.
2) Hati Yang Pecah
- Hati yang pecah adalah hati manusia
yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan
melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila
keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat,
tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat
pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan
ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan.
3) Hati Yang Tertutup
- Hati yang tertutup adalah amat bahaya
bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika
ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka
membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan
apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan
orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: “Empat golongan yang
tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa
derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang
memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam
hatinya.
4) Hati Yang Suci
- Harap hati kita semua jenis hati yang
ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati
yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka
penuhlah ia dengan rahmat Allah.
6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.
- Banyakkan bertaubat.
- Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
- Jalinkan ukhwah antara manusia.
- Perbanyakkan solat malam.
- Perbanyakkan puasa sunat.
- Banyakkan berzikir.
13 Perkara Yang Menenangkan Hati.
- Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
- Mengerjakan solat sunat.
- Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
- Berzikir.
- Menolong orang yang susah.
- Beriktikaf di dalam masjid.
- Mendengar ceramah agama.
- Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
- Berpuasa sunat.
- Menolong ibu bapa.
- Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
- Mendoakan kesejahteraan semua orang.
- Bersangka baik sesama makhluk.
Hati ibarat tin yang kosong dan rahmat Allah ibarat air. Jika elok
tinnya maka eloklah air yang terkandung dalam tin tersebut. Oleh itu,
sekiranya kita kenal pasti masalah hati kita, bertaubat dan berusaha
untuk perbaikinya selagi pintu taubat masih terbuka untuk diri
masing-masing. Masih belum terlambat untuk kita berada jalan yang benar
minus-ska.blogspot menerusi giler kentang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan