Seelok-eloknya, kata Dr. Norlaila, ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula darah anak mereka untuk perhatian dan susulan doktor serta pakar pemakanan.

“Ini penting bagi mengubah pola makanan dan pengambilan dos insulin kerana lebihan atau kekurangan gula dalam darah memberikan kesan buruk kepada pesakit,” katanya.



SIMPTOM

 “Apabila terdapat salah satu simptom, elok bawa anak berjumpa doktor dan jangan tunggu sehingga semua simptom timbul kerana lain pesakit lain simptom,” katanya.


Biasanya pesakit diabetes jenis 1 memerlukan tiga atau empat kali suntikan insulin sehari.

“Kini terdapat dua jenis insulin iaitu ‘human insulin’ dan ‘analog insulin’ yang boleh dipilih oleh pesakit.

“Biasanya insulin disuntik setiap kali sebelum makan dan satu insulin asas sebelum tidur,” katanya.

Dr. Norlaila berkata, kerana diabetes jenis 1 biasa terjadi pada kanak-kanak dan awal remaja, penjagaan terutama diet agak mencabar.

“Kanak-kanak biasanya sukar mengawal pemakanan tetapi hanya pada karbohidrat dan mereka masih boleh mengambil protein untuk aktiviti dan tumbesaran.

“Kanak-kanak ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga, rakan serta guru di sekolah,” katanya.

Dr. Norlaila bercerita tentang seorang pesakitnya yang sentiasa diingatkan oleh adiknya supaya menyuntik insulin setiap kali hendak makan.

Ibu bapa pesakit juga perlu memberitahu guru anaknya tentang keadaan anaknya yang menghidapi diabetes jenis 1 serta tanda-tanda hipoglisemia dan hiperglisemia.

Biasanya kanak-kanak yang aktif dengan senaman akan memerlukan gula untuk kekal aktif jadi mereka perlu dibekalkan dengan gula-gula atau snek apabila berlaku hipoglisemia.

hipoglisemia

“Apabila kanak-kanak yang sering kali mengalami hipoglisemia, perjalanan gula yang diperlukan pada otak semakin kurang atau tersekat menyebabkan mereka kurang konsentrasi dan cepat lupa.

“Jadi, ujian darah yang berterusan adalah penting bagi memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan stabil,” katanya.

Pesakit kanak-kanak memerlukan sokongan ahli keluarga dan masyarakat dalam menghadapi penyakit mereka.

Pesakit remaja pula perlu lebih faham dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan mereka perlu kurangkan manisan dalam makanan dan minuman serta melakukan senaman dan kekal aktif.

“Masyarat perlu memberikan sokongan kepada pesakit diabetes jenis 1 dan jangan sorokan penyakit daripada kawan dan keluarga.

“Mereka masih boleh makan seperti biasa tetapi dalam kuantiti yang sederhana dan pastikan mengambil sarapan sebelum 9 pagi,” katanya.

Dr. Norlaila menegaskan tiada istilah diet diabetes dan hanya ada diet dan gaya hidup sihat.
utusan