Penghidap
diabetes jenis 1 perlu disuntik sebelum makan dan kadangkala insulin
tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.
Seelok-eloknya, kata Dr. Norlaila,
ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula darah anak mereka
untuk perhatian dan susulan doktor serta pakar pemakanan.
“Ini
penting bagi mengubah pola makanan dan pengambilan dos insulin kerana
lebihan atau kekurangan gula dalam darah memberikan kesan buruk kepada
pesakit,” katanya.
SIMPTOM
“Apabila
terdapat salah satu simptom, elok bawa anak berjumpa doktor dan jangan
tunggu sehingga semua simptom timbul kerana lain pesakit lain simptom,”
katanya.
Biasanya pesakit diabetes jenis 1 memerlukan tiga atau empat kali suntikan insulin sehari.
“Kini terdapat dua jenis insulin iaitu ‘human insulin’ dan ‘analog insulin’ yang boleh dipilih oleh pesakit.
“Biasanya insulin disuntik setiap kali sebelum makan dan satu insulin asas sebelum tidur,” katanya.
Dr.
Norlaila berkata, kerana diabetes jenis 1 biasa terjadi pada
kanak-kanak dan awal remaja, penjagaan terutama diet agak mencabar.
“Kanak-kanak
biasanya sukar mengawal pemakanan tetapi hanya pada karbohidrat dan
mereka masih boleh mengambil protein untuk aktiviti dan tumbesaran.
“Kanak-kanak ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga, rakan serta guru di sekolah,” katanya.
Dr.
Norlaila bercerita tentang seorang pesakitnya yang sentiasa diingatkan
oleh adiknya supaya menyuntik insulin setiap kali hendak makan.
Ibu
bapa pesakit juga perlu memberitahu guru anaknya tentang keadaan
anaknya yang menghidapi diabetes jenis 1 serta tanda-tanda hipoglisemia
dan hiperglisemia.
Biasanya kanak-kanak
yang aktif dengan senaman akan memerlukan gula untuk kekal aktif jadi
mereka perlu dibekalkan dengan gula-gula atau snek apabila berlaku
hipoglisemia.
hipoglisemia
“Apabila
kanak-kanak yang sering kali mengalami hipoglisemia, perjalanan gula
yang diperlukan pada otak semakin kurang atau tersekat menyebabkan
mereka kurang konsentrasi dan cepat lupa.
“Jadi, ujian darah yang berterusan adalah penting bagi memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan stabil,” katanya.
Pesakit kanak-kanak memerlukan sokongan ahli keluarga dan masyarakat dalam menghadapi penyakit mereka.
Pesakit
remaja pula perlu lebih faham dan bertanggungjawab terhadap diri
sendiri dan mereka perlu kurangkan manisan dalam makanan dan minuman
serta melakukan senaman dan kekal aktif.
“Masyarat perlu memberikan sokongan kepada pesakit diabetes jenis 1 dan jangan sorokan penyakit daripada kawan dan keluarga.
“Mereka
masih boleh makan seperti biasa tetapi dalam kuantiti yang sederhana
dan pastikan mengambil sarapan sebelum 9 pagi,” katanya.
Dr. Norlaila menegaskan tiada istilah diet diabetes dan hanya ada diet dan gaya hidup sihat.
utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan