Masalah migraine.
Ada ramai di antara kita mengalami masalah migraine. Bezanya cuma
non-critical dan critical saja. Bagi mereka yang critical mengalami
masalah migraine, memang menyeksakanlah. Dalam entry nie teman nak
kongsikan beberapa petua untuk meredakan kesakitan migraine nie. Kome
boleh cuba petua-petua yang teman kongsikan disini.
Gambar ehsan Google.
1. Merendam tangan dalam air dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini
mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda
juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di
dalam air.
2. Berada di dalam bilik gelap
Cuba untuk
sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya
tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil sedikit kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah
yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.
Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan
perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut;
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian
pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan
beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit
berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang
menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Selamat mencuba.
http://apakehei.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan