Home Klik Di Bawah

Isnin, 1 Disember 2014

Kejang Kaki Ketika Hamil : 7 Tips Mudah Elak Menangis Sakit Tengah Malam

"Argh.." Tiba-tiba urat kaki macam ditarik-tarik, kaki kanan kejang sampai rasa nak tercabut betis. Sakitnya sampai tak boleh nak kata.

Ibu hamil yang biasa cramp kaki memang faham perasaan ni. Rasa nak mengalir air mata tahan sakit. Biasa kena kejang kaki ni waktu malam pula. Nak menjerit pun takut anak terbangun.
 
Saya sendiri pernah alami. Sadis sangat bila kena waktu dah sarat mengandung, kaki cramp kemudian nak bergerak pun tak larat. Bila kejut suami, susah pula dia nak bangun. 
 
Sampai mengesot cari ubat panas nak urus betis yang keras sebab kejang. 
 
Sedih sangat rasanya.
 
 
 

Saya tak nak orang rasa betapa sakitnya kejang kaki terutama ketika mengandung. Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari babycenter.com.my.
Berikut adalah 7 tips mudah elak kejang kaki ketika hamil.
Tips Elak Kejang Kaki #1
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .
Tips Elak Kejang Kaki #2: 
Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .

Tips Elak Kejang Kaki #3:
Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV.

 
Tips Elak Kejang Kaki #4:
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.
Tips Elak Kejang Kaki #5:
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips Elak Kejang Kaki #6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat.
Tips Elak Kejang Kaki #7:
Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.
Tips Kecemasan : Apa Nak Buat Ketika Sedang Sakit Kejang Kaki?
Jika tiba-tiba kena kejang kaki, kita disarankan cepat-cepat luruskan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke depan dan ke belakang beberapa kali. 
Kaedah ini memang sakit, tapi sakit itu akan beransur kurang.

Kita boleh juga ambil botol air berisi air suam dan diletakkan pada kaki untuk legakan kaki yang cramp itu. 
 

http://tipsihatselalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan