Home Klik Di Bawah

Isnin, 1 Disember 2014

Resepi Tradisonial - Bingka Kelapa Muda Kalakatar

Bingka Kelapa Muda Kalakatar

 Kalakatar ni kuih tradisional orang banjar (kulaan nireng jangan tak  kuriheng). Rasanya seperti kuih bingka.






Bahan-bahan
720ml air kelapa muda
240gm tepung gandum
50gm tepung beras - K1 tambah
200gm isi kelapa muda
150gm gula kastor
2 biji telur
secubit garam

Cara-cara :
1.  Pukul gula dan telur hingga kembang.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan air kelapa sedikit demi sedikit bersama isinya dan gaul hingga rata.
3.  Masukkan ke dalam periuk non stick dan kacau atas api sederhana hingga pekat.
4.  Angkat dan masukkan ke dalam loyang pembakar yang di gris mentega.
5.  Bakar di dalam ketuhar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga masak dan bahagian atas kuih sedikit keperangan.
6.  Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.

Bingka Kelapa Muda Kalakatar 
 http://resipicitarasawan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan