Keadaan bayi yang baru dilahirkan kerap mengalami masalah ketika
proses penyusuan (regugitasi) seperti batuk semasa menyusu, memuntahkan
susu yang diminum, masalah pernafasan dan tidak selesa selepas menyusu
amat membimbangkan ibu bapa serta menimbulkan keresahan.
Bagaimanapun, situasi berkenaan fenomena biasa dinamakan refluks
gastroesofagus (GER) iaitu asid perut menolak makanan atau minuman dalam
perut ke atas iaitu ke arah saluran esofagus yang juga tiub
menghubungkan mulut ke perut.
Keadaan itu disebabkan pencerut esofagus (sphincter) atau otot di
bahagian bawah esofagus yang menguncup dan mengembang bagi mencegah asid
perut tertolak ke atas di kalangan bayi berumur setahun ke bawah masih
lemah kerana belum matang sepenuhnya.
Masalah ini biasa berlaku dialam kalangan bayi yang diberi susu formula dalam botol berbanding bayi yang menyusu badan.
Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat
Perubatan Sunway (SunMed), Dr Nazrul Neezam Nordin berkata esofagus
adalah saluran yang membawa makanan dan minuman ke dalam perut deÂngan
bantuan dua otot iaitu peÂncerut esofagus atas dan pencerut esofagus
bawah.
"Namun, otot penting yang menghalang isi perut mengalir semula ke
atas dan memasuki saluran esofagus adalah pencerut esofagus bawah yang
terletak di bahagian pangkal esofagus yang bersambung deÂngan bahagian
atas perut.
"Pencerut esofagus bawah akan mengembang semaÂsa menelan makanan
atau minuman dan akan menguncup sebaik proses menelan berhenti serta
perut mulai penuh supaya makanan dan minuman itu tidak tertolak semula
ke dalam esofagus.
"Bagi bayi pencerut esofagus bawah tidak berfungsi dengan baik kerana
belum mencapai kematangan sehingga menyebabkan masalah regugitasi yang
juga dipanggil refluks fisiologikal," katanya.
Menurutnya, refluks atau aliran ke belakang asid perut di kalangan
bayi turut berlaku apabila bayi berkenaan terlebih diberikan makanan
atau minuman menyebabkan perut tidak dapat menampung lebihan itu dan
memaksa keluar menerusi pencerut esofagus bawah .
"Keadaan ini boleh diterjemahkan apabila bayi mengalami regugitasi
yang berulang semasa meÂnyusu atau selepas menyusu. Ketika regugitasi
biasa, bayi akan mengeluarkan susu belum hadam dalam jumlah yang
sedikit.
"Berbanding dengan muntah-muntah ia adalah masalah yang serius
apabila bayi memaksa isi perutnya yang sudah hadam keluar dengan banyak
dan laju.
"Bayi yang mengalami refluks fisiologikal juga kekal sihat dan ceria
walaupun beberapa kali mengalami episod refluks dalam sehari," katanya.
Namun, refluks boleh menjadi lebih buruk dan menyebabkan regugitasi
bercampur darah disebabkan kecederaan pada lapisan esofagus akibat
terjejas dengan isi perut yang berasid.
Lapisan esofagus yang tercedera itu juga menjadi punca bayi terganggu
secara tiba-tiba, menangis dengan kuat dan melengÂkungkan tubuh
sebagai tanda tidak selesa kerana kesakitan dalam perutnya.
"Komplikasinya, bayi berisiko mengalami anemia yang disebabÂkan
kehilangan darah berulang-kali daripada lapisan esofagus yang cedera.
Malah, proses pertumbuhan berat badan juga terganggu kerana bayi tidak
mahu makan atau minum.
"Oleh itu, jika bayi menunjukkan gejala refluks ibu bapa perlu
membawa anak mereka mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan ia
adalah refluks fisiologikal atau masalah lain yang lebih serius,"
katanya.
Dr Nazrul Neezam berkata, bayi yang mengalami refluks fisiologikal
boleh dirawat hanya dengan beberapa langkah mudah bagi melancarkan
proses menyusu sekali gus mendapat khasiat diperlukan untuk kekal sihat.
"Tegakkan sedikit kepala bayi ketika menyusu dengan anggaran 45
darjah dan kekalkan posisi yang sama untuk lebih kurang 30 minit selepas
penyusuan kerana tekanan graviti akan membantu isi perut mengalir ke
bawah.
"Jangan terlebih memberi susu atau makanan. Doktor akan memberi
anggaran berapa baÂnyak susu diperlukan bayi dalam sehari. Masalah
terlebih memberi susu jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu badan
kerana mereka akan melepaskan puting selepas kenyang.
"Elakkan memakaikan bayi dengan pakaian yang ketat terutama yang
mempunyai getah elastik kerana ini akan menambah tekanan kepada perut
yang mampu menyebabkan episod refluks," katanya.
Ibu bapa juga boleh menggunakan susu formula dengan anti regugitasi
bagi meÂngatasi masalah terbabit. Menyusu badan adalah cara terbaik
kerana susu ibu meÂngandungi bahan yang merangsang pembersihan cepat
isi perut yang boleh mengurangkan episod refluks.
Bayi yang diberi susu formula tetapi masalah refluksnya tidak
menunjukkan perkembangan baik walaupun selepas diberi rawatan perubatan
mungkin memerlukan pemeriksaan lanjutan.
Ini kerana, terdapat kajian yang meÂngaitkan masalah refluks itu dengan alahan protein susu lembu.
"Refluks fisiologikal di kalaÂngan bayi akan mula berkurangan sebaik
usia mereka mencecah setahun.
Bagaimanapun, bayi deÂngan reflks yang
serius mengambil masa lebih lama untuk pulih," katanya.
www.hmetro.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan