Home Klik Di Bawah

Selasa, 10 Februari 2015

Kisah Benar - Misteri 5 Manusia Yang Mampu Menghasilkan Api Melalui Badan!

Human torch is real?


Percaya tidak percaya, tubuh manusia sebenarnya menyimpan kekuatan yang mampu membangkitkan api. Beberapa peristiwa telah berjaya membuktikan manusia sememangnya mempunyai kuasa luar biasa macam dalam filem superhero.

 
 



1. A.W Underwood


Dalam buku Scientific American, pada tahun 1882 A.W. Underwood memiliki nafas yang panas. Hembusan nafasnya dapat membakar sapu tangan dan kertas. Jika dia berburu dan lupa membawa mancis, dia akan mengumpulkan daun kering, lalu meniupnya hingga terbakar. (semoga birthday dia ni tak disambut dengan acara tiup lilin). Underwood bukanlah satu-staunya manusia yang boleh menghasilkan api, malah masih banyak orang yang mengalami Fire Prone atau Pyrokinetics.

2. Tong Tangjiang
Jika Underwood boleh mengawal kekuatannya, Tong hanya mampu pasrah je setiap kali keluar api. Kejadian pertama yang dialaminya pada April 1990, masa keluarganya melihat asap keluar dari seluar panjangnya sampai Tong kena bawa ke hospital untuk rawatan luka terbakar tersebut. Dalam 2 jam tubuhnya menyala selama tiga kali lagi. Doktor yang merawatnya juga percaya bahawa dia mampu membangkitkan aliran arus letrik setiap kali stress. (ai, super saiya ke?) Apa yang terjadi pada Tong Tangjiang dipanggil sebagai SHC ataupun maksudnya membakar diri sendiri. Berbeza dengan pengidap pyrokinetics lain yang hanya membakar benda-benda sekitarnya, bukan dirinya sendiri.

3. Willy Brough (Manusia Mata Api)


Memiliki kemampuan pyrokinetics memang boleh menyakitkan jiwa dan dalam masa yang sama rasa seronok. Willy Brough dari Turlock, California, dipercayai mampu menyalakan api hanya dengan mata. Ala, macam Superman tu. Disebabkan oleh kelebihannya itu, Willy diusir keluarganya kerana dianggap dirasuk roh jahat. Setelah diambil sebagai anak angkat oleh seorang petani, Willy sempat pergi ke sekolah, malangnya mungkin kena buli ngan budak-budak lain, Willy membakar lima ruang kelas dengan kemampuan api matanya.

4. Benedetto Supino


Memiliki kemampuan sama. Pada tahun 1982 buku komik yang dibacanya tiba-tiba menyala, sejak itu dia dan keluarganya dikejutkan oleh beberapa kebakaran. Meja kerusi dan beberapa jenis perabot terbakar setiap kali Benedetto duduk kat situ. Para saintis tidak berjaya memberikan  penjelasan di sebalik semua kebakaran tersebut. Benedetto hanya boleh bergantung kepada bantuan parapsikolog dari Demetrio Croce  untuk belajar mengawal kekuatannya.
5. Carol Compton
Pada tahun 1983 di Itali, Carol dituduh membakar rumah dengan sengaja dan salah satu motif untuk membunuh. Pada mulanya pada tahun 1982 ketika dia bekerja, berlakunya tiga kebakaran di ruang tamu majikannya lalu Carol dituduh sebagai pelakunya. Dalam kes yang lain plak, Carol bertugas plak jadi pengasuh Agnesee (nama budak yang dia jaga), pada malam hari kejadian, tempat tidur atuk Agnesee telah dijilat api lalu Carol dituduh melakukan pembakaran tersebut walaupun di saat kejadian tersebut berlaku dia berada di ruang bilik lain bersama anggota keluarga yang lain. Disebabkan kejadian tersebut, Carol mendapat hukuman penjara 7 tahun dan dipanggil sebagai ahli sihir

Api boleh dihasilkan dengan Kekuatan Minda
Dalam fenomena manusia pyrokinetics, saintis cuba untuk mencari pendekatan yang logik seperti puntung rokok yang menyala, bara yang terpercik dan sebagainya. Beberapa orang mengaitkannya dengan fenomena poltergeist yang manifestasinya sering berupa kebakaran. Poltergeist yang dimaksudkan bukan disebabkan oleh roh jahat, tapi kerana peribadi yang terganggu.

Vincent H. Gaddis berdasarkan penelitiannya di bidang parapsikologi tahun 1967 berpendapat ada kekuatan minda yang mampu meningkatkan tekanan molekul yang berpengaruh langsung pada suatu objek. Apabila tekanan meningkat, objek menjadi panas kemudian terbakar. Tidak hairan apabila ade orang yang mampu mengawal kekuatan minda akan mampu melakukan hal tersebut.

Kemampuan luar biasa seperti orang-orang tadi hanya dimiliki oleh nabi dengan mukjizatnya, seperti peristiwa tongkat nabi Musa, tapi mungkinkah ada manusia sebegitu di zaman sekarang? Wallahualam.

Sumber : Lunacyme / johanharth

Tiada ulasan:

Catat Ulasan