Percaya tidak
percaya, tubuh manusia sebenarnya menyimpan kekuatan yang mampu
membangkitkan api. Beberapa peristiwa telah berjaya membuktikan manusia
sememangnya mempunyai kuasa luar biasa macam dalam filem superhero.
1. A.W Underwood
Dalam buku Scientific American,
pada tahun 1882 A.W. Underwood memiliki nafas yang panas. Hembusan
nafasnya dapat membakar sapu tangan dan kertas. Jika dia berburu dan
lupa membawa mancis, dia akan mengumpulkan daun kering, lalu meniupnya
hingga terbakar. (semoga birthday dia ni tak disambut dengan acara tiup
lilin). Underwood bukanlah satu-staunya manusia yang boleh menghasilkan
api, malah masih banyak orang yang mengalami Fire Prone atau Pyrokinetics.
2. Tong Tangjiang
Jika Underwood
boleh mengawal kekuatannya, Tong hanya mampu pasrah je setiap kali
keluar api. Kejadian pertama yang dialaminya pada April 1990, masa
keluarganya melihat asap keluar dari seluar panjangnya sampai Tong kena
bawa ke hospital untuk rawatan luka terbakar tersebut. Dalam 2 jam
tubuhnya menyala selama tiga kali lagi. Doktor yang merawatnya juga
percaya bahawa dia mampu membangkitkan aliran arus letrik setiap kali
stress. (ai, super saiya ke?) Apa yang terjadi pada Tong Tangjiang
dipanggil sebagai SHC ataupun maksudnya membakar diri sendiri. Berbeza
dengan pengidap pyrokinetics lain yang hanya membakar benda-benda
sekitarnya, bukan dirinya sendiri.
3. Willy Brough (Manusia Mata Api)
Memiliki kemampuan pyrokinetics memang boleh menyakitkan jiwa dan dalam masa yang sama rasa seronok. Willy
Brough dari Turlock, California, dipercayai mampu menyalakan api hanya
dengan mata. Ala, macam Superman tu. Disebabkan oleh kelebihannya itu,
Willy diusir keluarganya kerana dianggap dirasuk roh jahat. Setelah
diambil sebagai anak angkat oleh seorang petani, Willy sempat pergi ke
sekolah, malangnya mungkin kena buli ngan budak-budak lain, Willy
membakar lima ruang kelas dengan kemampuan api matanya.
4. Benedetto Supino
Memiliki
kemampuan sama. Pada tahun 1982 buku komik yang dibacanya tiba-tiba
menyala, sejak itu dia dan keluarganya dikejutkan oleh beberapa
kebakaran. Meja kerusi dan beberapa jenis perabot terbakar setiap kali
Benedetto duduk kat situ. Para saintis tidak berjaya memberikan
penjelasan di sebalik semua kebakaran tersebut. Benedetto hanya boleh
bergantung kepada bantuan parapsikolog dari Demetrio Croce untuk
belajar mengawal kekuatannya.
5. Carol Compton
Pada tahun 1983
di Itali, Carol dituduh membakar rumah dengan sengaja dan salah satu
motif untuk membunuh. Pada mulanya pada tahun 1982 ketika dia bekerja,
berlakunya tiga kebakaran di ruang tamu majikannya lalu Carol dituduh
sebagai pelakunya. Dalam kes yang lain plak, Carol bertugas plak jadi
pengasuh Agnesee (nama budak yang dia jaga), pada malam hari kejadian,
tempat tidur atuk Agnesee telah dijilat api lalu Carol dituduh melakukan
pembakaran tersebut walaupun di saat kejadian tersebut berlaku dia
berada di ruang bilik lain bersama anggota keluarga yang lain.
Disebabkan kejadian tersebut, Carol mendapat hukuman penjara 7 tahun dan
dipanggil sebagai ahli sihir
Api boleh dihasilkan dengan Kekuatan Minda
Dalam fenomena manusia pyrokinetics,
saintis cuba untuk mencari pendekatan yang logik seperti puntung rokok
yang menyala, bara yang terpercik dan sebagainya. Beberapa orang
mengaitkannya dengan fenomena poltergeist yang manifestasinya sering
berupa kebakaran. Poltergeist yang dimaksudkan bukan disebabkan oleh roh
jahat, tapi kerana peribadi yang terganggu.
Vincent H. Gaddis berdasarkan penelitiannya di bidang parapsikologi
tahun 1967 berpendapat ada kekuatan minda yang mampu meningkatkan
tekanan molekul yang berpengaruh langsung pada suatu objek. Apabila
tekanan meningkat, objek menjadi panas kemudian terbakar. Tidak hairan
apabila ade orang yang mampu mengawal kekuatan minda akan mampu
melakukan hal tersebut.
Kemampuan luar
biasa seperti orang-orang tadi hanya dimiliki oleh nabi dengan
mukjizatnya, seperti peristiwa tongkat nabi Musa, tapi mungkinkah ada
manusia sebegitu di zaman sekarang? Wallahualam.
Sumber : Lunacyme / johanharth
Tiada ulasan:
Catat Ulasan