Rabu, 25 Februari 2015

Setiap yang Allah jadikan di muka bumi ini berpasangan. Langit dan bumi, malam dan siang, laut dan darat, begitu juga manusia yang diciptakan dengan dua jenis jantina iaitu lelaki dan perempuan. Tujuan dijadikan semua hidupan berpasangan adalah untuk saling melengkapi.

Isteri merupakan satu kurniaan yang sangat bernilai kepada sang suami untuk hidup susah dan senang bersama, saling memahami, dikurniakan cahaya mata dan yang paling penting adalah untuk bersama-sama menuju ke Jannah-Nya.

SIFAT ISTERI YANG SERING MENJADI PUNCA PENCERAIAN
suami-soleh-dan-isteri-solehah 



Di dunia ini terdapat pelbagai jenis wanita. Seperti yang diungkapkan dalam nyanyian kumpulan In-Team melalui lagu Impian Kasih, “Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah”. Isteri yang baik dan solehah adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Mahukah kamu mengetahui suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud).

Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes penceraian saban hari yang ada di antaranya melibatkan sikap wanita itu sendiri yang kadang-kadang boleh menggugat kesabaran si suami.

Apakah sifat-sifat wanita yang menjadi punca kepada penceraian?

Berikut penulis senaraikan 7 sifat atau jenis wanita yang sering diceraikan suami :
  1.  Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
  2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
  3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
  4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
  5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
  6.  
  7. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumahtangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
  8.  
  9. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
 SIFAT ISTERI YANG SERING MENJADI PUNCA PENCERAIAN
20140512-123457
Penceraian adalah satu perkara yang halal tapi amat dibenci oleh Allah. Jadi, sebagai hamba yang mendengar dan taat akan perintah-Nya, janganlah kita melakukan sesuatu perkara yang dibenci Allah. Kita renungi dan hayati akhlak Rasulullah ketika hayat baginda di mana baginda adalah pemimpin terbaik tidak kira di dalam keluarga mahupun sebagai pemimpin negara. Penulis nasihatkan diri sendiri dan para pembaca untuk sentiasa muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri. Jangan kita asyik mendabik dada mengatakan kita sahaja yang betul tanpa melihat dengan jelas siapa yang betul dan siapa yang salah. Selain itu, ego dalam diri juga perlu dikawal. Jangan biarkan ianya bermaharajalela di dalam hati. Rendahkan ego masing-masing untuk kesejahteraan hidup bersama. Akhir sekali, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Yang penting sentiasa back to the right path. Hayati Al-Quran dan contohi sikap baginda Rasul S.A.W. In shaa Allah hidup akan bahagia di dunia dan di akhirat. amin
 eberita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...