BAHAN-BAHAN :
  • 1 cawan beras briyani (sudah di tanak)
  • 2 cawan air yang telah di campurkan dengan pati ayam / sayur
  • 3 sudu minyak masak
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji cili banggala (warna merah & hijau)
  • 1 ½ cawanTomato puree
  • jintan putih (telah di panggang)
  • Garam

CARA MASAKAN :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, masukan bawang putih, bawang besar, beras yang sudah di tanak, dan lakukan teknik sauté (tumis) sehingga nasi bertukar warna menjadi keperangan.
  2. Kemudian, masukan garam, cili banggala (merah dan hijau), tomato puree dan gaulkan sehingga ia menjadi sebati.
  3. Tambahkan air yang telah di campurkan pati ayam / sayur, jintan putih dan gaul sehingga mendidih.
  4. Sebaik sahaja ia mula mendidih, perlahankan api, tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  5. Setelah nasi menjadi kering, angkat dan sedia untuk di hidangkan!
rasa