Home Klik Di Bawah

Isnin, 30 Mac 2015

Info -Sebab Punca Berat Badan 'Tak Mahu' Turun

Sebab Punca Berat Badan 'Tak Mahu' Turun

badan gemuk

Masalah kegemukan, masalah perut buncit atau masalah paling ditakuti oleh kaum wanita iaitu berat badan tak turun-turun. Hai dah bermacam cara dah buat tapi berat badan masih sama sahaja, kadang-kadang turun kadang-kadang naik atau naik terus tak turun-turun. Makin bambam la lepas ni kalau tak mahu makin bambam baca apa Am kongsikan dibawah ni 9 Sebab Punca Berat Badan 'Tak Mahu' Turun  

Nak kuruskan badan tak susah sebenarnya kalau kena dengan caranya, tak payah la nak membazir pergi program diet habis berpuluh-puluh ribu kalau setakat kurus sekejap kemudian gemuk dari yang dulu. Biasala nafsu selera wanita ni pelik-pelik sekejap nak makan tu sekejap nak makan ni kalau tanya usus pun dia naik pening. Tak gitu kaum hawa?... Nak kurus perlukan disiplin jangan sekadar cakap je 'aku nak kurus'.. 'aku nak kurus' tapi tak kurus-kurus juga. Rasanya tak perlu nak membebel panjang lebar kat sini kita straight the point je masalah 'lapar mata' tu biasa untuk kaum wanita tapi ada lagi masah lain yang menyebabkan berat badan anda tak turun. Jadi baca sepenuhnya artikel di bawah ini 9 punca atau sebab kenapa aku tak slim 
 

1. DIET DENGAN JENIS DARAH
• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.

2. BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH
• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.
• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.

3. INGIN BERAT BADAN STABIL
• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.

4. TIDAK PERNAH KENYANG
• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.

5. BADAN TERASA BERAT
• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

6. KAWAL ‘LAPAR MATA’
• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.

7. SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK
• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

8. TIADA MASA UNTUK BERSENAM
• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

9. SASARAN YANG TIDAK LOGIK
• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.

Okey semoga anda menjalani hidup yang sihat. Kurus sebab nak cantik bukan jadi sebab utama kita yang penting untuk kesihatan tubuh kita. Takde orang yang nak gemuk dan takde orang juga yang nak sakit jadi fikir laa kenapa kita perlu berubah demi orang tersayang. Mereka perlukan kita jadi buat la pilihan yang bijak. Kurus sebab apa? nak cantik tapi untuk kesihatan :
 http://www.aminin.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan