Home Klik Di Bawah

Selasa, 12 Mei 2015

Kelebihan Menampal Bawang Di Tapak Kaki Semasa Tidur

bawang 
Dalam bidang perubatan di China, telapak kaki memiliki jalur akses terus pada beberapa bahagian organ tubuh badan anda yang lebih dikenali sebagai meridian. Meridian ini adalah jalur tertentu organ pada tubuh. Bagi mereka yang memahami perubatan Cina mungkin tahu bahawa sistem meridian sangat berkait rapat dengan sistem saraf.

Pada gambar di bawah ini anda dapat melihat organ dan sistem dalam tubuh dan titik hubungan meridian di bahagian kaki.




bawang2 
Telapak kaki memiliki banyak hujung saraf yang berbeza, terrdapat sekitar 7,000 hujung saraf yang secara langsung menghubungkan ke pelbagai organ tubuh badan. Hujung-hujung saraf tersebut adalah litar listrik yang sangat kuat dalam tubuh dan sering aktif jika sering menerima sentuhan. Tidak hairan jika para ahli perubatan China mencadangkan berjalan dengan ‘kaki ayam’. Maksudnya agar hujung-hujung saraf di telapak kaki dapat langsung menerima banyak rangsangan dari apa yang dipijak serta agar bersentuhan langsung dengan tanah yang mengandung ion negatif bumi.


Salah satu cara paling mudah untuk membuka jalur-jalur listrik (meridian) dan untuk membantu memurnikan organ dalaman pada tubuh adalah dengan cara memotong bawang merah atau bawang putih dan menampalkannya pada tapak kaki. Tampalkan hirisan bawang tersebut di tapak kaki sepanjang anda tidur. Untuk lebih mudah dan agar hirisan bawang tidak terlepas ketika anda tertidur, tampalkan hirisan bawang pada tapak kaki dan pakailah sarung kaki.

Manfaat menampalkan potongan bawang pada telapak kaki disaat tidur:

Membersihkan darah: Saat anda tidur, asam fosfat dari bawang diserap melalui trans-dermal pada tapak kaki dan masuk ke pembuluh. Asam fosfat mampu memurnikan dan menyerap racun dalam darah.

Membunuh bakteri, kuman dan patogen: Bawang, baik itu bawang putih mahupun bawang merah memiliki manfaat anti-bakteri dan anti-virus yang kuat! Ketika anda tidur, kandungan bawang akan menghisap bakteri berbahaya dan racun akan keluar dari tubuh melalui tapak kaki.

Memurnikan udara: Udara di bilik atau ruangan tempat anda tidur akan menjadi bersih.
Di Inggris, kebiasaan menyimpan potongan-potongan bawang dan meletakkannya di penjuru ruangan sering dilakukan. Hal ini bertujuan untuk membersihkan udara dari virus yang boleh menyebabkan berbagai penyakit termasuk flu.Cara alami ini sangat mudah dan layak anda cuba. Hanya dengan menggunakan bawang yang begitu mudah didapat, anda akan mendapatkan berbagai manfaat kesihatan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan