Dalam
bidang perubatan di China, telapak kaki memiliki jalur akses terus pada
beberapa bahagian organ tubuh badan anda yang lebih dikenali sebagai
meridian. Meridian ini adalah jalur tertentu organ pada tubuh. Bagi
mereka yang memahami perubatan Cina mungkin tahu bahawa sistem meridian
sangat berkait rapat dengan sistem saraf.
Pada gambar di bawah ini anda dapat melihat organ dan sistem dalam tubuh dan titik hubungan meridian di bahagian kaki.
Telapak
kaki memiliki banyak hujung saraf yang berbeza, terrdapat sekitar 7,000
hujung saraf yang secara langsung menghubungkan ke pelbagai organ tubuh
badan. Hujung-hujung saraf tersebut adalah litar listrik yang sangat
kuat dalam tubuh dan sering aktif jika sering menerima sentuhan. Tidak
hairan jika para ahli perubatan China mencadangkan berjalan dengan ‘kaki
ayam’. Maksudnya agar hujung-hujung saraf di telapak kaki dapat
langsung menerima banyak rangsangan dari apa yang dipijak serta agar
bersentuhan langsung dengan tanah yang mengandung ion negatif bumi.
Salah satu cara paling mudah untuk membuka jalur-jalur listrik
(meridian) dan untuk membantu memurnikan organ dalaman pada tubuh adalah
dengan cara memotong bawang merah atau bawang putih dan menampalkannya
pada tapak kaki. Tampalkan hirisan bawang tersebut di tapak kaki
sepanjang anda tidur. Untuk lebih mudah dan agar hirisan bawang tidak
terlepas ketika anda tertidur, tampalkan hirisan bawang pada tapak kaki
dan pakailah sarung kaki.
Manfaat menampalkan potongan bawang pada telapak kaki disaat tidur:
Membersihkan darah: Saat anda tidur, asam fosfat dari bawang
diserap melalui trans-dermal pada tapak kaki dan masuk ke pembuluh. Asam
fosfat mampu memurnikan dan menyerap racun dalam darah.
Membunuh bakteri, kuman dan patogen: Bawang, baik itu bawang
putih mahupun bawang merah memiliki manfaat anti-bakteri dan anti-virus
yang kuat! Ketika anda tidur, kandungan bawang akan menghisap bakteri
berbahaya dan racun akan keluar dari tubuh melalui tapak kaki.
Memurnikan udara: Udara di bilik atau ruangan tempat anda tidur akan menjadi bersih.
Di Inggris, kebiasaan menyimpan potongan-potongan bawang dan
meletakkannya di penjuru ruangan sering dilakukan. Hal ini bertujuan
untuk membersihkan udara dari virus yang boleh menyebabkan berbagai
penyakit termasuk flu.Cara alami ini sangat mudah dan layak anda cuba.
Hanya dengan menggunakan bawang yang begitu mudah didapat, anda akan
mendapatkan berbagai manfaat kesihatan. Selamat mencuba dan semoga
bermanfaat!
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan