Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC | Assalamualaikum. Beberapa
hari yang lalu aku dengan rajin telah mengoogle blog blog yang
berkisarkan fotografi. Entah macam mana potret ni betul betul buat aku
teruja. Potret
ni setanding dengan potret Monalisa yang pernah di hasilkan oleh
Leonardo Da Vincci. Hebatnya fotografi sehingga mampu terlihat gah dan
mampu ditafsir jika kita betul betul menghayati sesuatu potret
tersebut.
Tambah kapsyen |
Sejarah Ringkas Fotografi
Fotografi
(bahasa inggeris : photography, yang berasal dari perkataan dalam
bahasa Yunani iaitu photo : cahaya melukis) adalah proses melukis dengan
menggunakan media cahaya. Fotografi bermaksud proses untuk menghasilkan
gambar/foto dari sesuatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang
mengenai objek tersebut dengan menggunakan media yang peka cahaya
seperti kamera misalnya. Tanpa cahaya, tidak akan ada foto yang
terhasil.
Sejarah
fotografi bermula pada abad ke-19. 1839 merupakan tahun permulaan
kelahiran fotografi. Pada masa itu, di Perancis dinyatakan secara rasmi
fotografi merupakan satu kejayaan teknologi. Okay cukup lah tu. Yang
lain u alls boleh google sendiri :)
Siapakah Sharbat Gula?
Sesuatu telah menarik aku untuk melihat lebih lama potret gadis ini.
Mata nya seolah telah memukai. Ya, matanya lah yang telah menarik aku.
Kadang kadang ada ketakutan yang menjerat aku untuk menatap lebih lama.
Takut tersihir. Tapi itu hanyalah bayangan aku. Mata gadis ini seolah
olah menyimpan sesuatu. Mata yang indah namun telah memperlihatkan
penderitaan yang dialaminya. Siapa kah gadis didalam potret yang pernah
menjadi kegilaan dan fenomena suatu ketika dahulu ini? Gadis
ini di gelar " Afghan Girl".Gadis itu berusia 13 tahun saat dipotret
kan oleh Steve Mc Curry (seorang jurnalis) ketika sedang membuat liputan
perang di Afganistan.
Saat
sedang berlakunya perang, kamera nya tanpa sengaja tertuju kepada
seorang gadis yang ketika itu sedang menyendiri di sebuah runtuhan
bangunan di kota itu. Wajahnya telah menarik perhatian Steve untuk
memotretkannya. Sekembalinya Steve ke negara asal, Steve telah mencetak
hasil liputannya untuk National Graphic. Dia sendiri terkejut dengan
hasil fotonya. Siapa lagi kalau bukan gadis itu !!
Pasti ramai yang tertanya tanya. Siapakah gadis ini sehingga digilai?
Hebat sangatkah beliau? Masih hidupkah lagi? Pertanyaan itu terus
berlegar legar di benak Steve sendiri sehingga membawa dirinya kembali
ke Afganistan semula awal 1990-an demi mencari dan ingin mengetahui
siapakah gadis bermata hijau yang memukau ini. Pencarian nya berlangsung
berbulan lamanya namun tidak mendapatkan hasil yang baik. Kecewa nya
berlangsung selama bertahun tahun lamanya. Steve kembali ke Amerika
dengan tangan kosong. Namun Steve tidak pernah patah semangat untuk
meneruskan pencariannya sekali lagi pada tahun 2001. Steve dengan nekad
kembali semula ke Afganistan untuk menebus kegagalan yang lalu.
Berbulan lamanya tanpa hasil, Steve mengalah. Sehinggalah suatu hari,
seorang lelaki Afganistan yang telah di temu ramah oleh Steve mengaku
sebagai suami gadis di foto yang dibawa oleh Steve. Lelaki yang bernama
Rahmat Gula telah mengajak Steve datang ke rumahnya. Ketika di rumah,
seorang wanita berusia 30-an sedang duduk di ruang tamu lengkap dengan
pakaian muslim dan menutup mukanya namun tidak pula menutup mata
hijaunya yang memukau. Mata itu akhirnya menjawab pertanyaan di benak
Steve bertahun lamanya.
Akhirnya soalan yang sangat ingin ditanya kepada wanita itu pun diutarakan.
"Siapakah nama anda?"...."Sharbat Gula"
Sang suami telah mengizinkan Sharbat Gula mendedahkan wajahnya, demi memastikan perjuangan Steve selama bertahun - tahun dulu.
Sharbat Gula, namanya menjadi sangat
terkenal, Gadis yang memiliki mata hijau yang memukau. Sehingga kini
fotonya masih disimpan dan mata indahnya tetap juga memukau bagi yang
terlihat.
Dia masih ingat gambar nya di ambil tetapi tidak pernah menyangka yang gambar tersebut
menjadi pujaan ramai. Sharbat seorang wanita yang agak pemalu dan muslimah yang taat pada agama. Sharbat Gula telah berkahwin dengan Rahmat Gul semasa berumur 16 tahun. Menurut abg nya , hari perkahwinan mereka berdua adalah hari yang paling menggembirakan dalam hidup Sharbat. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Robia 13, Zahida 3 dan Alia 1. Anak ke 4 meninggal dalam kandungan.
Begitulah kehebatan lensa kamera. Sehingga pantulan cahaya mampu
menghidupkan nilai sepasang mata dan membawa kita kepada kisah
penderitaannya dahulu. | Potret Terhebat - NATIONAL GEOGRAPHIC
kanvasdakwat.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan