Assalamualaikum
Antara
masalah biasa yang kita dengar kalau kita makan berlebihan, adalah
KEGEMUKAN. Selalu je kita dengar, kawan kawan kita cakap, "kau ni makan banyak, gemuk kang tahu la!"
Mesti rasa macam nak bertumbuk je dengan kawan tu kan? Haha. Yela
tengah syok makan kot! So kenapa agaknya kita ni tanpa sedar boleh makan
secara berlebihan? Check it out!
1. TELEVISYEN
Iklan
makanan yang disiarkan dekat TV selalunya mesti menggoda kita untuk nak
makan benda tu kan? Bukan bulan puasa je kita tak dapat kawal nafsu
makan bila tengok iklan iklan macam tu, tapi hari biasa pun boleh buat
meleleh air liur. Aku pun pernah je, lepas tengok iklan Maggi Chef Kari
dekat iklan, terus mintak hubby belikan maggi. Adoi pengaruh betul!
2. BERSAMA KAWAN DAN KELUARGA
Peluang
berkumpul dengan kawan dan keluarga memang best. Tapi kadang kadang
bila berkumpul, buat makan makan, mesti ramai yang tewas dengan godaan
makan berlebihan. Selagi tak habis borak, mulut tu tak pernah berhenti
mengudap! Betul tak?
3. MAKAN TIDAK IKUT WAKTU
Ada
orang kata, elak makan tengahari boleh bantu kuruskan badan. Tapi
sebenarnya salah tu! Sebab bila kita skip waktu makan yang sepatutnya
kita makan, benda tu akan mendorong kita untuk makan dalam kuantiti yang
banyak pada waktu petang atau malam. Bahaya tau makan banyak waktu
malam! Sebab lepas kita makan, kita akan tidur. Lemak terus berkumpul :)
4. KURANG AKTIVITI
Selalunya
kalau kita sibuk bekerja, sampai kita lupa kudapan. Tapi kalau kita tak
tahu nak buat apa, contohnya kita cuti haritu, duduk rumah rehat,
komfem selalu patah balik bukak peti ais cari kudapan. So maybe lepas ni
kena banyakkan aktiviti, sibukkan diri supaya kita lupa untuk mengudap!
5. SUKAR TIDUR
Pernah
tak ada hari yang kita susah nak lelapkan mata, lepas tu kita keluar
minum dekat kedai mamak dengan kawan kawan? Ok. Kalau tiap tiap malam
susah nak tidur, komfem kita akan tiap tiap malam cari makanan, dan
komfem berat naik 10kg seminggu. hehe http://getmedean.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan