Selain kek dan pastri, brownie adalah pilihan ringkas untuk minum petang. Kurang manis dan agak keras teksturnya daripada kek. Inginkan kelainan rasa, pelbagaikan isiannya dengan kekacang, buah-buahan kering  atau cip coklat. Yang pasti kesedapannya pasti menggigit jari. Jom cuba buat sendiri.




Bahan-bahan:
250 gm mentega
1 cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula kastor
½ cawan susu UHT
3 butir telur gred B
1 sudu teh vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar soda bikarbonat

Bahan topping:
500 gm krim keju
1 ½ cawan gula kastor
 2 butir telur

Bahan filling:
Pelbagai jenis kekacang
Karamel Bergaram

Cara-cara menyediakannya:

  1. Cairkan mentega dan serbuk koko atas api kecil.  Tutup api dan angkat.
  2. Masukkan gula, telur satu persatu, vanila dan susu.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik.  Kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan kekacang ke dalamnya. 
  5. Bakar selama 15 minit dalam ketuhar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah.
  6. Sediakan topping – putar krim keju dan gula sehingga hancur.  Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga kembang.
  7. Keluarkan brownie yang telah masak.  Tuangkan topping yang telah dipukul tadi. Ratakan.
  8. Paipkan karamel dan hiaskan mengikut kreativiti anda.  Bakar sekejap menggunakan api atas sahaja.
mingguan wanita