CARA MELUPAKAN BEKAS KEKASIH
Bagaimana cara untuk melupakan bekas kekasih?
Adakah
anda mempunyai pengalaman bercinta dan putus cinta? Mungkin sebahagian
daripada kita mempuyai pengalaman bercinta dan putus cinta. Bercinta
bertahun-tahun tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Mungkin disebabkan
pihak ketiga atau mungkin dari halangan keluarga. Apapun alasan putus
cinta ianya tetap menyakitkan.
Melupakan
orang yang kita sayang dan cintai sangat susah dan rumit. Lebih susah
jika itu adalah cinta pertama. Cinta pertama merupakan satu perasaan
yang pertama hadir di dalam hidup. Mana mungkin melupakan perasaan
pertama itu dengan mudah. Namun, kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi
bahawa jodoh itu adalah ketentuan-Nya. Panduan dibawah ini mungkin
membantu anda melupakan bekas kekasih. Kali ini Ammar ingin berkongsi 1o
cara melupakan bekas kekasih.
1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita
lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih
dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti
sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah
wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih
tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam
yang memeritkan itu.
2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan
SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan
anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai
kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda
masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda
supaya dia tidak terluka.
3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan
berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk
mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu
membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah
membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan
pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.
4. Sibukkan diri
Elakkan
dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda
mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan
perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk
membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak,
badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh
badan anda.
5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar
bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan
mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar
dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa
berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar
tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh
menjejaskan kesihatan.
6. Elakkan bersendirian
Jangan
sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir
kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian.
Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin
sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua,
melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk
mendapatkannya.
7. Pergi beriadah
Beriadah
adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan
seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging
bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif
kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia
hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi
masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.
8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat
manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan
oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat
melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas
kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda
bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat
itu.
9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah
bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang
selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh
pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu
benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya
sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak
dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari
pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan
olehnya itu.
10. Percaya kepada jodoh
Jodoh
merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu
merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah
S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti
datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari.
Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan