Jumaat, 15 Mei 2015

Pengajaran dari Peristiwa Israk dan Mikraj

Hari ini ialah tanggal 26 Rejab 1340H, malam ni setelah berlabuhnya senja menghampiri waktu Maghrib, maka satu lagi tarikh penting berlakunya sebuah peristiwa bersejarah dalam kalendar umat Islam. Mungkin ramai yang terlupa jika dibandingkan dengan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul yang sememangnya telah menjadi cuti umum oleh kerajaan kita. Mungkin bagi sesetengah negeri yang mengumumkan hari 27 Rejab ini sebagai cuti umum, barulah kita tahu yang ianya hari Israk dan Mikraj. Apatah lagi ramai lebih ingat kepada tarikh keramat 2o hb Julai 2009 iaitu malam besok, di mana ramai yang menghitung masa untuk melihat perlawanan bolasepak antara Malaysia dgn Manchester United.

Bagi yang dah terlupa tentang maksud Israk dan Mikraj ini, saya nak memetik berapa post yang terdapat di internet dan diolah semula untuk dikongsi bersama di PanduanPercuma.info – bermula dengan sedikit sejarah dan peri pentingnya peristiwa Israk Mikraj ini sehingga rumusan dan peganjaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.




Secara dasarnya, maksud �Israk� ialah perjalanan (rehlah) yang Allah SWT perlakukan kepada Nabi s.a.w. secara terhormat, bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud �Mikraj� pula ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa Israk, iaitu naik dari al-Aqsa melepasi beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama �Sidratul Muntaha� di mana ilmu dan akal makhluk Allah di dunia iaitu manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya.

Peristiwa Isra� dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang individu yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta baginda, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Diceritakan sebelum peristiwa ni berlaku Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika�il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (�alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan �khatimin nubuwwah�. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan �Isra� itu.

Malah perkara ini telah dirakam oleh Allah SWT di dalam surah al-Isra� ayat yang pertama :
Maksudnya:
“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Isra� Dan Mikraj: 2 Pengajaran Penting
Setelah mengungkap kembali peristiwa besar ini, umat Islam secara amnya sepatutnya mendapat banyak pengajaran dan kesan di dalam diri masing-masing. Ini kerana peristiwa bersejarah ini saban tahun diceritakan di masjid-masjid dan di dalam media massa sejak kita kecil lagi. Alangkah ruginya kita jika tidak dapat mengambil pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj ini. Secara umumnya, kata dapat simpulkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj ini memberi 2 pengajaran penting dalam hidup umat Islam walau pun mungkin ianya banyak mengandungi pengajaran-pengajaran lain yang seharusnya diperincikan. Rujuk teks mengenai pengajaran Israk Mikraj ini di pautan ini.

Pengajaran Pertama
Isra� dan mikraj berlaku selepas kewafatan Siti Khadijah isteri kesayangan Rasulullah dan kewafatan bapa saudara Rasulullah iaitu Abu Talib. Kerana sedih dengan kewafatan kedua-dua orang yang disayangi, Baginda Rasulullah berhijrah ke Thaif tetapi Allah telah menentukan bahawa Baginda tidak diterima di Thaif.
Selepas peristiwa ini, Allah SWT telah mengIsra� dan mikraj Rasulullah mengadapNya.

Secara ringkas pengajaran yang kita boleh ambil di sini adalah, Rasulullah sangat sedih dengan kewafatan orang yang disayanginya sehingga kesedihannya berlarutan berhari-hari. Kemudian ditimpa lagi dengan kesedihan kerana tidak diterima di Thaif.

Kesedihan ini adalah hal dunia. Rasulullah sedih kerana hal dunia. Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan mengIsra� dan mikraj Rasulullah terus mengadap Allah SWT dan ternyata Rasulullah dapat menghilangkan rasa sedih baginda. Ini dapat menyedarkan kita, umat Islam bahawa Allah SWT adalah segala-galanya.

Kesedihan yang kita alami kebanyakannya adalah hal dunia dan ia hanya dapat dipulihkan dengan Isra� dan mikraj. Apakah Isra� dan mikraj kita pada hari ini? Iaitu doa dengan sabar dan solat.

Kita berserah pada Allah SWT, kita berdoa dan bersolat. Mendirikan solat merupakan satu Isra� kita mengerjakannya dan jiwa kita Mikraj kepada Allah SWT.

Malangnya kita pada hari ini tidak melakukan Isra� dan mikraj ini. Kita hanya mendengar peristiwa Isra� dan mikraj hanya berlaku pada Rasulullah. Namun diri kita jarang mendapat Isra� dan mikraj sedangkan di dalam peristiwa Isra� dan mikraj Rasulullah, Allah bukan sekadar mengfardhukan Solat itu hanya sekadar nama Solat yang perlu dijalan 5 waktu sehari semalam. Tetapi Allah SWT memberikan juga Isra� dan mikraj kepada kita.

Ketika solat, adakah wudhuk kita sempurna? Tukmaninah kita sempurna? Bacaan kita sempurna dan sebagainya. Jika ia belum sempurna, maka Isra� kita belum sempurna.

Kemudian, ketika kita mendirikan solat, adakah kita benar-benar bermikraj kepada Allah SWT? Sejauh mana fikiran dan jiwa kita kekal berhubung dengan Allah SWT ketika solat? Atau jiwa kita melayang entah ke mana. Jiwa kita perlu mikraj kepada Allah SWT dengan berserah, redha dan pasrah. Jika ini tidak dicapai, jiwa kita tidak kuat untuk mengharungi pelbagai halangan dan dugaan.

Peristiwa Isra� dan mikraj bukan sahaja Rasulullah mengalaminya. Ia juga untuk semua umat Islam untuk mengalamimya. Namun pengalaman mengalaminya sudah tentu istimewa untuk Rasulullah di mana Rasulullah berIsra� dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian bermikraj mengadap Allah SWT. Manakala kita berIsra� dengan gerakan solat yang betul disamping jiwa kita mikraj kepada Allah SWT.

Pengajaran Kedua
Isra� dan mikraj berlaku pada tahun ke sebelas (11) kerasulan Rasulullah. Ini bermakna, sebelum Isra� dan mikraj ini, umat islam mengambil masa 10 tahun untuk menguatkan jiwa mereka. Mereka dikukuhkan kepercayaan dan keimanan mereka pada Allah SWT dan Rasulullah.

Perkara yang diingati ramai daripada peristiwa Isra� dan mikraj adalah tentang kewajipan solat 5 waktu sehari semalam. Rasulullah menasihati kita umat islam agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat ketika umur 7 tahun dan rotan mereka jika tidak mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

7 tahun kerana ketika ini, seorang kanak-kanak sudah memahami dengan sebaiknya tentang baik dan buruk. Jiwa mereka mampu beriman dengan sebenar-benarnya. Bukan iman ikut-ikutan. Kerana itu Rasulullah meminta umat Islam untuk menyuruh kanak-kanak berumur 7 tahun mendirikan solat.

Kemudian 10 tahun adalah cukup untuk memantapkan jiwa mereka. Jika ibu bapa mendidik mereka sejak kecil dengan menguatkan jiwa mereka, mengajar mereka agar mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT Yang Maha Melihat, dan menanamkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT dan Rasulullah, pastinya tidak mempunyai masalah untuk mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

Kesimpulan
Dua pengajaran yang saya bawakan daripada peristiwa Isra� dan mikraj adalah berkenaan dengan soal jiwa. Keyakinan bahawa kebahagian adalah datangnya dari jiwa yang sejahtera dan HANYA ALLAH SWT yang dapat memberikan kesejahteraan itu.

Kemantapan jiwa perlu dilakukan sejak kecil lagi. Disamping diri kita, kita seharusnya mendidik anak-anak kita untuk memantapkan jiwa agar mencapai kepada kesedaran yang tertinggi. Jiwa yang positif akan dapat menyelesaikan semua masalah yang ada kerana kita benar-benar pasrah, redha, berserah kepada Allah SWT.

Pengajaran Isra� dan mikraj bukan sekadar peristiwa-peristiwa di dalamnya sahaja tetapi berlakunya peristiwa itu sendiri juga menguji tahap keyakinan jiwa umat islam terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu. Ia adalah hal jiwa dan hati.
 
Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu meyakini TIADA Tuhan MELAINKAN ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah.
 
 panduan percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...