Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah
baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah
cahaya.
Rahmatan Lilalalmin.
baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang
terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu
Rabbi...
Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut
ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan
besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad
baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan
kembali kepada panjang asal....
Sollu alan Nabi...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ
بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama
sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala
muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka
hamidun majid
-
ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW
Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada
lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak
,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi
Muhammad lebih merdu.
Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu
Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”
Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :
Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi
dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak
pernah menghinggapi baginda.”
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”
Istimewanya darah Rasulullah SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al
Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair:
“Bahawa dia pernah
datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai
dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu
dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada
sesiapa pun melihat kamu.”
Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah
SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap
darahku itu)?”
Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok
yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah
meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia
daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”
Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda,
“Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau
lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita,
ia adalah wangian yang paling harum!”
Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”
Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua
manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada
Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)
2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi
manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan
ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan
perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu
tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat.
(Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan
syirik. (Hr Ahmad)
7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan
“Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi
mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr
an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah
kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
dengan Islamnya Qarin tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Wallahua'lam...
http://hanifidrus.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan