Sebenarnya hati lelaki juga adalah lembut dan lebih sensitif daripada
perempuan jika tidak menjaganya dengan betul. Ada kalanya perlakuan kita
yang dianggap remeh tetapi tidak bagi diri mereka. Biarpun mereka
nampak tegas sebagai ketua keluarga, tetapi jauh di sudut hati mereka
juga perlukan belaian mesra dan manja seperti seorang bayi.
Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk
dan elakkan anda daripada melakukannya. Jika kita bijak menyelesaikan
masalah remeh ini pastinya hubungan suami isteri anda berdua sentiasa
hangat dan membara.
1. Menepis pelukannya
Ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba si dia
memeluk dari belakang, jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan
suami rasa tersinggung dan merajuk. Biarkan sahaja perlakuannya kerana
ini hanya sekejap sebagai tanda kasih sayang dia pada diri anda.
2. Tidak menggosok pakaian kegemaran
Apabila dia sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju berkenaan dan
anda terlupa melakukannya pasti akan menyebabkan si dia naik angin.
Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja.
Anda akan lihat dia tidak akan bercakap dengan anda dan itu tanda dia
sedang merajuk. Walaupun nampak remeh tetapi boleh menyinggung hati
kecilnya.
3. Tidak angkat panggilan telefon
Paling penting, jangan sesekali tidak mengangkat panggilan telefon
daripadanya. Walaupun bukan sesuatu panggilan penting sekadar ucapan
‘hello’ atau bertanya khabar, anda harus mengangkatnya. Jangan biarkan
dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan si dia marah dan tidak
ada mood untuk bercakap dengan anda.
Lagi satu yang mungkin dianggap remeh oleh anda, terlepas untuk jawab panggilan. Apa salahnya jika anda cuba dail kembali, jangan biarkan. Siapa tahu jika ada hal penting untuk diberitahu. Dan mungkin juga si dia mahu nyatakan emosi yang dialami, sedih, gembira atau tertekan dengan seseorang.
4. Bercakap tinggi suara
Anda juga diingatkan agar menjaga intonasi dan kawalan suara ketika
berkomunikasi dengannya. Jangan sesekali meninggi suara kerana lelaki
tidak suka pada pasangannya yang bersikap begini. Hormatilah dia sebagai
suami anda dan sentiasa menjaga perasaannya yang kadang kala agak
sensitif. Silap gaya dia akan merajuk untuk beberapa hari disebabkan
perkara ini.
5. Layan laman sosial di telefon
Jangan kerana terlalu asyik mengejar teknologi hingga lupa
tanggungjawab sebagai isteri. Jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan
dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter, whatsapp atau apa
sahaja laman sosial. Pasti pasangan tidak gemar jika anda hanya melayan
laman sosial ini berbanding bercakap dengan dirinya.
6. Elak layan lelaki lain
Jika ada seorang yang peramah, simpan sahaja sikap itu jika sedang
bersama suami. Jangan terlalu melayan lelaki lain walaupun teman sekolah
dulu. Sesetengah lelaki cemburu dengan situasi ini dan dia hanya mahu
anda melayannya seorang. Walau bagaimanapun, sebagai isteri, kita
sendiri perlu tahu batas-batas tertentu yang boleh diikuti.
7. Jangan tukar siaran lain ketika tonton televisyen
Walaupun nampak remeh, tetapi jika berlaku bakal mengundang rasa
merajuk buat lelaki. Janganlah sesekali menukar rancangan lain sekiranya
dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang
menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Lebih baik anda
mengambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya.
8. Tidak sediakan keperluan ketika makan
Lelaki mengibaratkan diri mereka seperti raja. Apa sahaja keperluan
mereka perlu dihidangkan di depan mata. Sekiranya mereka tengah makan,
jangan lupa menyediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa
menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan, tetapi cukuplah
sekadar menemaninya berbual di meja makan. Mungkin keadaan ini lebih
menyelesakan bagi dirinya.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan