Home Klik Di Bawah

Rabu, 17 Jun 2015

Kedekut Berkongsi Rezeki – Isu Miskin Hati

 miskin dan kaya

Dalam bisnes, adakalanya akan ada isu kedekut nak beritahu supplier. Ia merefleksi kita tidak kaya hati. Kita tidak rasa Allah Maha Memberi Rezeki. Hakikatnya saat itu kita miskin hati.
“Rezeki adalah infiniti. Allah akan beri kepada siapa Dia nak beri.”
Lihat berapa billion kedai makan di dunia ini, namun tidak sedikit pun mengurangkan rezeki masing-masing.




Kedai makan
Berapa besarnya rahmat Allah dalam pengagihan rezeki kepada hamba-Nya. Justeru mengapa ada keraguan dalam hati? Seolah-olah memberitahu kepada alam,

“Kalau aku beritahu, berkuranglah rezeki aku.”

Di sebaliknya adalah, rezeki Allah terhad.

Sedangkan alam semesta yang tidak tahu berapa besar ini pun Allah boleh cipta, apatah lagi nak memberi kita rezeki. Petik jari sahaja bagi Allah. Antara isunya adalah tidak yakin dengan rezeki Allah. Tidak bersangka baik dengan Allah yang membawa kepada kemiskinan hati. Oleh sebab itu petikan hadis,
“Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” (Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya)
Berapa ramai anak muda yang kaya raya namun belum ditemukan jodohnya, berapa ramai pula anak muda yang walau duitnya tidak seberapa, masih belajar direzekikan Allah untuk bernikah.

Nikah muda
Bukanlah sesuatu terjadi kerana faktor luaran, tetapi segalanya adalah faktor dunia dalaman (saat kita menyandarkannya kepada Tuhan). Saat Allah mengizinkannya, tiada sesiapa yang dapat menahannya. Saat Allah menahannya, tiada sesiapa yang dapat melepaskannya. Surah Al Faathir ayat 2,
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya. Dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Berapa ramai pula orang kaya raya, namun tidak dijemput Allah ke rumah-Nya. Adapun orang yang tidak berduit, Allah berikan kesitimewaan itu dari arah yang tidak disangka-sangka. Beruntunglah orang yang walau dia kaya raya, dia tetap sandarkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa.

Kaabah rumah Allah
Adakalanya apabila kita ada duit yang banyak, kita begitu sombong untuk minta kepada Allah dapatkannya secara percuma. Kita begitu yakin, dengan adanya duit, semua benda akan dapat dimiliki. Hakikatnya, ia juga tertakluk dengan izin Allah. Surah Al Anfaal ayat 10 – Bagaimana faktor luaran bukan penyebab kemenangan. Kerana sesungguhnya kemenangan itu hanya daripada sisi Allah.
“Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Justeru, sentiasa sandarkan segalanya kepada Allah. Sentiasa renung berapa besar alam semesta ini Allah cipta, mana mungkin rezeki kita akan berkurang walau sudah dikongsi kepada orang lain.

info Majalahniaga.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan