Home Klik Di Bawah

Selasa, 16 Jun 2015

Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu

Terletak di perairan daerah Yan, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu. 
Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karang cantik. Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving.
Sebelum 2008 para nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Song Song berikutan ia digunakan untuk tujuan latihan menembak peluru berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia. Tentera Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian menembak peluru.
Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan.
 
 
 
 










2. Pulau Bidan

Pulau Bidan merupakan salah satu dari gugusan kepulaun di daerah Yan, Kedah. Perjalanan ke Pulau Bidan memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.
Pulau ini turut terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan. Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.





3. Pulau Telor

Pulau Telor merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini. 







4. Pulau Bunting

Jangan terkeliru dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ini adalah Pulau Bunting yang terletak di Daerah Yan, Kedah. 
Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.
Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.







5. Pulau Sayak



Pulau Sayak terletak di daerah Kuala Muda berdekatan dengan tempat pelancongan popular di sini iaitu Pantai Merdeka. Selain dikelilingi oleh pantai yang indah, kawasan ini turut popular dengan hidangan 'Mee Udang Pulau Sayak'.







sumber gambar dan info: http://kulaanniring.blogspot.com/, http://mforum2.cari.com.my/, http://mabukanglers.blogspot.com/, 
http://www.airfieldinformationexchange.org/, http://www.thestar.com.my/, http://intanrizal.blogspot.com/,
 http://amstudio.azman.info/, http://www.panoramio.com/billy info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan