Home Klik Di Bawah

Khamis, 11 Jun 2015

Kongsi pengalaman: kesan semasa berhenti merokok

Kejayaan Berhenti Merokok
Bagi perokok tegar, berhenti merokok adalah satu kejayaan yang paling besar dalam hidupnya
Bukan semua perokok tegar berjaya melakukannya berikutan hanya 10 peratus daripada sebanyak 200 pe­rokok berjaya meninggalkan tabiat buruk itu menurut kajian program pemulihan kesihatan

Untuk melepasi tahap ketagihan yang melampau, perokok tegar perlu ada daya kesungguhan dan displin diri yang tinggi memandangkan akan berlaku beberapa simptom atau kesan sampingan kepa­da perokok yang cuba berhenti merokok




Inilah yang penulis ingin kongsikan tentang kejayaan berhenti merokok. Berkat kesabaran dan kesungguhan disamping bantuan orang tersayang penulis dapat merealisasikan hasrat untuk berhenti merokok selepas beberapa kali mencuba

Namun dalam tempoh mendisplinkan diri untuk menjauhi diri dari merokok banyak dugaan yang perlu ditempuhi

Bak kata orang muda-muda “Biar putus cinta, jangan putus rokok’ membuktikan perokok sanggup berdepan dengan segala masalah asalkan tabiat merokok dapat diteruskan

KESAN SAMPINGAN SEMASA ATAU SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Berikut adalah senarai kesan yang penulis lalui dan beberapa pengkongsian daripada mereka yang pernah melaluinya dalam usaha untuk berhenti merokok

Kesan Berhenti Hisap Rokok
Nota: Jika kesan yang disenaraikan ada pada diri anda, semasa proses untuk berhenti merokok anda dinasihatkan bersabar dan terus melawannya
Percayalah kemenangan nanti akan berpihak kepada anda dan sekali gus dapat menjalani asas kehidupan yang sihat disamping insan tersayang

Kunci utama adalah tetapkan matlamat untuk berhenti merokok selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut

Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa

Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang

Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama dan anda pasti berjaya melaksanakannya

Pautan sumber : http://www.mysumber.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan