Untuk melepasi tahap ketagihan yang melampau, perokok tegar perlu ada daya kesungguhan dan displin diri yang tinggi memandangkan akan berlaku beberapa simptom atau kesan sampingan kepada perokok yang cuba berhenti merokok
Inilah yang penulis ingin kongsikan tentang kejayaan berhenti merokok. Berkat kesabaran dan kesungguhan disamping bantuan orang tersayang penulis dapat merealisasikan hasrat untuk berhenti merokok selepas beberapa kali mencuba
Namun dalam tempoh mendisplinkan diri untuk menjauhi diri dari merokok banyak dugaan yang perlu ditempuhi
Bak kata orang muda-muda “Biar putus cinta, jangan putus rokok’ membuktikan perokok sanggup berdepan dengan segala masalah asalkan tabiat merokok dapat diteruskan
KESAN SAMPINGAN SEMASA ATAU SELEPAS BERHENTI MEROKOK
Berikut adalah senarai kesan yang penulis lalui dan beberapa pengkongsian daripada mereka yang pernah melaluinya dalam usaha untuk berhenti merokok
Nota:
Jika kesan yang disenaraikan ada pada diri anda, semasa proses untuk
berhenti merokok anda dinasihatkan bersabar dan terus melawannya
Percayalah kemenangan nanti akan berpihak kepada anda dan sekali gus dapat menjalani asas kehidupan yang sihat disamping insan tersayang
Percayalah kemenangan nanti akan berpihak kepada anda dan sekali gus dapat menjalani asas kehidupan yang sihat disamping insan tersayang
Kunci utama adalah tetapkan matlamat untuk berhenti merokok selama–lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut
Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita alpa
Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang
Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama dan anda pasti berjaya melaksanakannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan