Resepi Puding Roti Marble..
Bahan-bahannya:
-4 keping roti putih
-8g serbuk agar-agar
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-2 c/b marjerin
-3 cawan air
-sedikit serbuk coklat Van
Houten
Cara-caranya:
1.Didihkan 3 cawan air bersama
setengah cawan gula dan 8g serbuk agar-agar..
2.Sementara menunggu, carik-carikkan
roti putih, blend bersama 1/2 cawan susu pekat manis, 1 cawan susu cair, 2 biji
telur, dan sedikit air kalau perlu.. Usai blend, masukkan ke dalam periuk
tadi.. Kacau sebati.. Masukkan jugak marjerin..
3.Elok masak bahagikan adunan
kepada 2 bahagian untuk kita marble.. Satu warna coklat dan satu lagi warna
plain.. di ingatkan jika menggunakan serbuk coklat, pastikan larut dahulu
bersama sedikit air supaya nanti coklat tak berketul.. selang-selikan adunan
untuk membentuk marble.. Sejukkan dalam peti..
4.Dah sejuk boleh makan!! ^_^V
http://husnazahidi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan