Tahukah
anda kepanjangan jari boleh melambangkan personaliti seseorang. Gambar
diatas boleh dilihat ada tiga jenis tangan dengan kepanjangan jari
telunjuk, jari tengah dan jari manis yang berlainan. Jom kenali kamu
dari kategori mana dan lihat personaliti kamu :
Jenis A: Seseorang yang charming
Mereka yang mempunyai jari manis lebih panjang dari jari telunjuk
biasanya charming, menarik dan sentiasa disenangi ramai orang. Kamu
boleh kawtim dengan mana-mana orang dalam mana-mana situasi pun. Kamu
pandai meyakinkan seseorang dan seorang penyelesai masalah yang baik.
Kamu bekerja dalam bidang sains, kejuruteraan, askar dan penjawap kuiz
atau teki teki.
Jenis B: Seseorang yang yakin dan fokus
Mereka yang mempunyai jari manis lebih pendek adalah seorang yang
yakin dan tegas dalam tugasan. Mereka amat fokus dalam kerja tetapi
mereka buka introvert. Mereka ada visi dan misi dan tak suka diganggu
ketika kerja. Mereka bersyukur dengan apa yang ada tetapi berpendapat
‘kalau lebih banyak lebih bagus’
Jenis C: Seseorang yang sukakan kedamaian
Mereka dengan jari seperi ini sukakan keamanan dan tak suka
konflik. Mereka juga seorang yang teratur dan mahu berbaik-baik dengan
semua orang. Mereka setia, lembut, ambil berat tentang padangan tetapi
awas! Sekali kamu buatk mereka marah, buruk padahnya. Jadi jangan cari
pasal
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan