menurut sumber..
Rasa pahit dilidah saat kita sakit
adalah disebabkan kerana berkurangnya produksi air liur. Ini bermaksud oksigen
di mulut juga berkurang sehingga menggalakkan pertumbuhan bakteria anaerob. Bakteria-bakteria
tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit
dilidah. Selain itu rasa pahit dilidah dikaitkan dengan mual-mual dan muntah.
Penyebab utamanya yakni asid di perut (gastric acid) yang naik kemulut
meninggalkan rasa pahit untuk beberapa waktu.
Perubahan rasa dilidah juga
disebabkan kerana terganggunya deria bau. Kemampuan menghidu seringkali
dikaitkan dengan kemampuan merasa. Kalau deria bau sedang dalam kondisi tidak
baik seperti pada saat selsema, demam, resdung, infeksi hidung, polip, mahupun
rhinitis alergi, kemampuan lidah untuk merasa juga akan terjejas.
Cara mengatasi pahit lidah
ketika demam atau seangkatan dengannya:
1. Berus gigi. Gastric acid
akan dineutralkan oleh ubat gigi yang sifatnya alkali. Selain itu ubat gigi
juga kebanyakannya mengandungi pudina yang memberikan sensasi segar pada mulut.
2. Hindari kopi dan rokok.
3. Berkumur dengan ubat kumur.
4. Makan makanan yang mengandungi
banyak serat. Iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanlah dengan cara
mengunyah lebih lama kerana selain membersihkan mulut, ianya berupaya
mempermudah kerja sistem pencernaan sehingga mengurangkan rasa mual.
5. Banyakkan minum air putih
untuk meningkatkan produksi air liur dan mencairkan lendir di hidung.
6. Supplement multivitamin
untuk meningkatkan kondisi tubuh.
sumber: tips kesehatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan