Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 Julai 2015

Kusyuk dalam solat


Selalu kita solat dan kita tak tahu pun samaada solat kita itu Allah terima atau tidak, tapi kita perlu berbaik sangka kepada Allah sebab Allah ta'ala sebut dalam hadith qudsi 'Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu'.

Namun dalam masa yang sama kita juga kena solat dengan ertikata benar-benar solat. Bermula dengan wuduk dengan sempurna kemudian berdiri dengan tenang. Berfikir seketika tentang solat yang hendak di kerjakan dan apakah fadhilat-fadhilat yang akan Allah ta'ala beri. Seterusnya niat untuk solat tersebut diiringi dengan takbir. Cuba jarakkan Allahu Akbar bukannya Allah huakbar... dalam erti kata lain sebutan biar betul.

Dalam solat kita harus memahami segala yang kita sebut dengan lidah. Selepas takbir pasti doa iftitah, dan sewaktu membaca doa iftitah kita kena faham apa maksud yang kita sebut itu. Saiyidina Umar r.anhu berkata ketika solat, ia membayangkan Allah berada dihadapannya dan melihatnya. Titian sirat berada dibawah tapak kakinya. Syurga berada dikanannya dan neraka berada disebelah kirinya. Manakala Malaikat Izrael yang bertugas mencabut nyawa berada diatas kepalanya. Lalu dia bersolat dengan bersungguh-sungguh.

Hari ini kita nak solat seperti mana Saiyidina Umar r.anhu solat memang agak sukar. Tambahan teknologi dan bunyi-bunyi yang berada disekeliling kita amat mempengaruhi. Tapi satu peristiwa seorang tabi'in solat dan sedang bersolat tiba-tiba rumahnya terbakar. Dia meneruskan solat sedangkan orang ramai berusaha lari kesana kemari membawa air untuk disiram kedalam api yang sedang marak. Selesai solat dia bertanya apakah bunyi yang sangat riuh itu? Mereka yang mendengar soalan sebegitu dari mulutnya bertanya kembali, 'Apakah tuan tidak sedar api sedang marak membakar rumah tuan ketika tuan solat tadi?' Lalu dia menjawab, 'Ketakutan aku kepada api neraka membuatkan aku terlupa akan api dunia.'

Satu hari ketika Tok Wan sedang melakukan iktikaf dalam sebuah masjid. Tetiba pada hari kedua malam yang bertuah itu datanglah seorang penceramah yang memberikan ceramahnya selepas solat maghrib, dia menceritakan malam Lailatul Qadar. Katanya Lailatul Qadar milik orang-orang yang bertakwa, bukan milik orang-orang mukmin atau orang-orang beriman dan jauh lagi orang-orang Islam. Rupa-rupanya kita ada empat bahagian. 1. Islam, 2. Beriman, 3. Mukmin dan yang ke 4 Takwa. Nampaknya Tok Wan kena bersetuju dengannya.

Dalam ceramahnya ada tips istimewa yang dia sampaikan bagaimana hendak solat khusyuk. Katanya dalam bacaan al Fatehah kita itu kita kena perbetulkan makna ayat dibawah ini,



Makna sebenar ayat itu ialah 'dengan ini aku bersaksi bahawa hanya Dikau yang kami sembah dan hanya kepada Dikau kami akan dikembalikan.' Disinilah duduk kekuatan solat itu sendiri yang seharusnya kita berikan tekanan atau tumpuan yang penuh bagi mendapatkan solat yang kusyuk.
 
Lagi satu ketika kita sujud sebenarnya kita meletakkan anggota-anggota yang paling berharga pada diri kita kepada Allah yakni mata, telinga, mulut, hidung dan otak kita yang semuanya berada dikepala kita kepada Allah s.w.t. kata penceramah tersebut. Bukan menekan dahi saja semasa sujud. Tapi kita meletakkan muka, keseluruhan muka termasuk hidung dan jangan saying hidung yang mancung itu. Tekan hidung dan bukan menekan dahi. Akibat menekan dahi itulah menyebabkan dahi jadi lebam dan nampak  memang lebam sambung penceramah itu. Yang ini pun Tok Wan setuju dengan penceramah tersebut.

Jadi cukuplah setakat ini untuk minggu ini, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini akan memberi munafa'at kepada pembaca sekelian. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Segala yang baik itu dari Allah dan yang tidak baik itu dari Tok Wan.
.

La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan