Home Klik Di Bawah

Jumaat, 10 Julai 2015

Petua Ceria Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Selalunya pagi-pagi kita akan rasa badan kita lemah dan tidak bermotivasi. Terutama bila bulan Ramadhan. Sebab kita tidak boleh bersarapan. Petua ini turut boleh dilakukan di bulan Ramadhan. Tidak salah pun kan.

Di sini penulis ingin kongsikan petua-petua tersebut. Mungkin kita boleh praktis untuk aktiviti harian kita.

petua ceria 


Antara petua-petua tersebut ialah:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa.
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100 kali sebelum tidur.
3. Selalu mengerjakan solat sunat taubat.
4. Selalu mengamalkan bacaan Al Quran.

Motivasi Diri
5. Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari.
6. Bisikan diri sendiri perkara yang positif.
7. Programkan minda dan cuci minda setiap hari.
8. Cuba melakukan puasa sunat.
9. Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
10.  Jaga pacaindera dari segi mendengar, melihat, atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat.
 tokeinfo.co

Tiada ulasan:

Catat Ulasan