Home Klik Di Bawah

Jumaat, 10 Julai 2015

Rawat Hati Yang Keras

Sudahkah anda berselawat kepada baginda Nabi SAW? Belum? Jom sama-sama kita sebut Baginda Shallallaahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.

Jika saudara sedang tercari-cari buku untuk dibaca saya recomendkan buku ini “AMALAN DIJAMIN KE SYURGA oleh RASULULLAH”. Buku ini disusun oleh Hj. Ahmad Haris Suhaimi.

JALAN KE SYURGA 
Penyampaiannya sangat menarik dan mudah difahami. Lebih menarik lagi buku ini mengumpulkan amalan-amalan yang dijamin syurga oleh Nabi Shallallaahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Setiap yang dibincang disertakan rujukan hadis-hadisnya bagi menyenangkan pembaca.



Salah satu hadis yang ingin saya kongsi kepada pembaca dari pos kali ini ialah berkaitan Hadis Riwayat Iman Tarmizi:

“TIDAK MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS DISEBABKAN TAKUT KEPADA ALLAH” 

Maknanya akan masuk Syurgalah. 

Pernahkah saudara menangis kerana insaf atau takut mengenangkan dosa-dosa? Memang sukarkan.  Hanya orang yang mempunyai hati yang lembut dan dekat dengan penciptaNya sahaja akan mengalir air mata bila terkenangkan dosa-dosanya.

Malangnya ramai di kalangan kita sekarang yang sangat senang menangis TAPI  tidak pada tempat yang sepatutnya. Bila tengok cerita sedih senang je air mata mengalir. Bila tonton akademi fantasia, popstar, atau realiti TV, free -free je air mata menangis. Pelik sungguh kita zaman sekarang ni. Bila baca Quran langsung tak rasa nak menangis…mungkin hati kita keras…keras disebabkan dosa-dosa yang banyak. Astarfirullah!

Cuba baca cerita berikut, mudah-mudahan hati kita yang angkuh itu akan tersentuh dan mengalirlah air mata. Cerita ni saya petik dari buku yang saya sebut di atas tu. Belilah buka ni untuk mengetahui lebih banyak lagi berkaitan bagaimana cara nak merawat hati yang keras.

KISAH SI KECIL

Suatu hari si kecil, Ita terjumpa sebatang paku karat, dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya, tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru abahnya, oleh kerana kererta bewarna gelap, lakaranyan jelas. Apa lagi Ita pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu ibu dan bapanya bermotorsikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipussam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta pula. Dilakarnya gambar ibu dan ayah, gambarnya sendiri, kucing dan ayam kesayangannya. Kejadian itu langsung tak disedari oleh si pembantu rumah.

Pulang petang terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli habis bercalar. Si bapa terus menjerit “siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah tersentak dengan jeritan itu lalu berlari keluar. Dia juga beristighfar..dan ketakutan. Sekali lagi ditanya kepadanya…’Tak tahu… saya tak tahu tuan’ ‘ Duduk dirumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat? herdik si isteri.

Tiba-tiba si kecil keluar mendengar suara ayahnya. Dengan penuh manja si kecil berkata: ‘itu ita buat ayah…cantikkan!’ sambil menerkam si ayah kerani ingin bermanja.

Si ayah hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depan rumahnya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut.

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan kemudian tangan kirinya. ….dipendekkan cerita.
Keesokan harinya, kedua-dua tangan si kecil membengkak. Si pembantu mengadu ‘Sapukan minyak gamat tu’ balas si bapa tanpa mahu melihat dan melayan si anaknya. Hatinya masih geram.

Tiga hari berlalu si ibu dan si ayah tak mahu menjenguk si anak walaupun si pembantu rumah mengadu dia deman. ‘Bagi minum panadol tu’ balas si ibu.

Hari ke empat, pembantu rumah mengadu Ita deman teralalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5 siap kata majikan’nya.

di pendekkan cerita….doktor memanggil si bapa “TIADA PILIHAN…kata doktor, demi nyawanya kedua-dua tangan si Ita mesti dipotong dari paras siku ke bawah’

Si ibu terketar-ketar mendengar kata-kata itu.

Dipendekkan cerita lagi….selepas pembedahan si anak kesakitan. ‘Abah..mama..Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul, Ita tak mahu jadi jahat. Ita sayang abah…sayang mama, ….ABAH..BAGILAH BALIK TANGAN ITA. BUAT APA AMBIK…ITA JANJI TAK BUAT LAGI’ Ita nak makan macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi katanya bertalu-talu…..BELILAH BUKU TERSEBUT untuk tahu kesudahan ceritanya dan banyak lagi perkara-perkara yang menarik yang boleh membawa ke Syurga.

Mudah-mudahan cerita ini menyentuh hati saudara-saudara yang keras tu…dan MENANGGIS
 http://bicarasantai.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan