Home Klik Di Bawah

Ahad, 27 September 2015

Kisah Ummu Mahjan - Pembersih Masjid Nabawi

KisahUmmuMahjan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kisah Ummu Mahjan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan lemah bernama Ummu Mahjan yang biasanya sehariannya membersihkan masjid nabawi. Suatu hari, Rasulullah saw sudah sekian lama tidak melihat Ummu Mahjan lantas Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat. Lalu para sahabat menyatakan bahawa Ummu Mahjan telah meninggal dunia. 


Lalu Rasulullah saw menyatakan,"Mengapa kalian tidak memberitahu hal ini kepadaku?" 
 
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa para sahabat yang lain menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah perkara atau hal yang kecil yang tidak perlu diperbesarkan. 
 
Hal ini menyebabkan Rasulullah bergegas meminta para sahabat menunjukkan tempat kubur Ummu Mahjan. 

Setelah itu, Rasulullah saw pun menyolatkan lalu bersabda,"Sesungguhnya kubur ini telah terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya. 
~H.R An-Nasai~

 Semoga Allah SWT merahmati Ummu Mahjan ra yang mana sekalipun seseorang itu miskin dan lemah akan tetapi ia tetap berguna kepada ummah sesuai dengan kemampuannya. Beliau telah memberikan pengajaran kepada kaum muslimin bahawa kita tidak boleh menganggap mudah atau enteng sesuatu amal itu sekalipun kecil. 

Beliau begitu mulia kerana mendapat perhatian daripada Rasulullah saw sekalipun tidak begitu diendahkan oleh para sahabat yang lain sehingga meninggal dunia. Lalu Rasulullah saw berserta sahabat yang lain bergegas menyolatkannya agar Allah SWT menerangi kuburnya dengan solat Rasulullah saw. 


Terima kasih kerana sudi membaca entry Kisah Ummu Mahjan Pembersih Masjid Nabawi ini.
Daripada;
http://mselim3.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan