Home Klik Di Bawah

Ahad, 27 September 2015

Pengasas Fahaman Komunis Yang Menafikan Kewujudan Tuhan

siapa pengasas fahaman komunis.jpg
Inilah Pengasas Fahaman Komunis Yang Menafikan Kewujudan Tuhan

Fahaman komunis bukannya diasas oleh orang Cina mahupun orang India tetapi diasaskan oleh lelaki dari Jerman. Lelaki Jerman yang mengasaskan fahaman Komunis ini adalah Karl Marx. Karl Marx adalah seorang Yahudi dari Jerman. Karyanya yang terkenal berjudul  ‘The Communist Manifesto’ diterbitkan pada 21 Februari tahun 1948.

Fahaman Komunis in diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin (Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China). Fahaman politik komunisme ialah memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna. Slogan yang sering dilaungkan “sama rata, sama rasa”.




Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa “agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat”.

Secara rasminya 9 buah negara yang pernah berpegang dengan fahaman komunis iaitu:
  • Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
  • China (Republik Rakyat China)
  • Cuba (Republik Cuba)
  • Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos)
  • Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
  • Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
  • Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
  • Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
  • Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)
Kini hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah fahaman komunis iaitu:
  • China
  • Laos
  • Vietnam
  • Cuba
  • Korea Utara
Fahaman komunisme sering dianggap kejam dan korup, manakala pemimpin Komunis berwatak antagonis (jahat) kerana bersifat diktator serta menafikan terus kebebasan dan hak memilih kerajaan. Fahaman komunis juga dianggap menyeleweng (dari ajaran Islam) sepertimana fahaman Kapitalis dan Sosialis. Untuk itu kita mesti menyelidik untuk mengetahui apakah perbezaan fahaman ini dengan ajaran Islam.

Islam berpandukan Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak. Dalam sistem politik Islam, tiada kebebasan mutlak dalam memilih kerajaan. Pemimpin perlu dipilih dari kalangan orang yang beriman dan bertakwa, mursyid (pembimbing), berakhlak dan berketrampilan dalam mengurus hal dunia (worldly affair) serta berorientasikan akhirat (hereafter oriented). 

Komunis berpandukan falsafah/pemikiran yang dicipta manusia bernama Karl Marx (Marxime), Lenin(Leninisme) dan Mao Tse Tung (Maoisme). 
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan