Dafina
Qaisara. Fina menjadi cacat penglihatan disebabkan kemalangan yang menimpanya
sebulan sebelum tarikh perkahwinannya dengan Adam Syafiq. Ketika kemalangan itu terjadi Fina yang
sedang bercuti bersama teman baiknya Damia berada di Moscow. Mereka ingin
mengimbau kembali saat mereka belajar di sana. Fina keseorangan tanpa ditemani
oleh Damia,.Semasa pulang dari membeli makanan Fina telah dilanggar sebuah
kereta yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.
Fina
mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya. Fina terpaksa walapupun
hakikatnya dia sangat mencintai Adam. Dia mahu Adam mencari orang yang lagi
sempurna dari dirinya. Dia tidak mahu Adam mengahwininya kerana simpati kerana
dia tahu mungkin Adam akan membatalkan perkahwinan mereka juga apabila dia
mendapat tahu bahawa Fina telah buta. Fina memberitahu keluarganya di saat-saat
akhir untuk membatalkan majlis
perkahwinan mereka. Kepada keluarganya dan Adam tidak diberitahu tentang keadaannya dan sebab
kenapa dia membatalkan majlis perkahwinan mereka.
Disebabkan
masalah ini tiada siapa pun yang mengetahui tentang keadaan Fina kecuali Damia.
Fina tahu keluarga dia pasti sangat kecewa dengan sikapnya yang menghilangkan
diri dan memberitahu niatnya yang ingin membatalkan perkahwinan melalui
telefon. Sejak kejadian itu Fina tidak pernah berjumpa dengan keluarganya. Fina
mengambil keputusan untuk menetap di Moscow selama setahun sebelum kembali ke
Malaysia. Fina tinggal bersama Damia. Dia menolong Damia menguruskan butik
pengantin. Bukannya tolong apa, tolong layan pelanggan sahaja. Bukannya dia
mampu untuk menjahit atau apa pun.
“Woit, buat
apa”Damia menepuk bahu Fina yang sedang duduk bersebelahan dengannya di kaunter
.
“Buat apanya.
Aku tak buat apa pun. Aku bosan lah duduk aje macam ni. Maaf ye Mia, aku nk
tolong kau tapi aku tak boleh nak buat apa pun”
“Aku dah
cakap kan Fina. Kau tak payah nak tolong aku. Kau sudi tinggal dengan aku,
teman aku kat butik ni pun dah memadai. Aku sebatang kara, tak ada kawan rapat
melainkan kau.”
“Terima kasih
Mia”ucap Fina. Mia tersenyum memandang Fina. Walaupun dia tahu bahawa Fina
tidak mungkin dapat melihat senyumannya.
“Terima kasih
juga kepada kau. Kau duduklah sini. Kalau ada pelanggan tolong layan dia borak
dulu. Aku ada dekat stor nak keluarkan barang”kata Mia.
Tangan Fina
membelek majalah-majalah pengantin yang diletakkan Mia di meja bersebelahan
dengan kaunter. Meski pun dia tidak dapat melihat, tangannya tetap
membelek majalah ditangannya. Dia yakin
gambar baju-baju pengantin di dalam majalah itu cantik-cantik belaka. Fina
terbayangkan dia memakai baju pengantin duduk di atas pelamin bersama dengan
Adam.Arghhh..dia masih tidak dapat lupakan Adam. Dia mencuba untuk melupakan
Adam tetapi setiap kali mencuba dia
merasakan perasaannya terhadap Adam makin mendalam.
Bunyi loceng
tanda seseorang masuk ke dalam butik tersebut mematikan lamuan Fina.
“Tumpang
tanya pengurus butik ini mana ye. Saya nak jumpa dengannya”kata seorang pemuda.
“Sekejapnya..dia
ada di stor. Nanti saya panggilkan”belum sempat Fina berdiri untuk mencapai
tongkatnya, suara yang dia kenali membuatkan dia terkaku di tempatnya.
“Dah jumpa
pengurusnya”kata Daliya.
‘Angah..Ya
Allah’ Fina tidak tahu hendak berbuat apa ketika namanya disebut.
Masing-masing
terdiam sebelum Daliya memulakan bicaranya.
“Ermmm..kat
sini rupanya kau sembunyi. Dah setahun kau menghilang, mana kau pergi ?”kasar
suara Daliya bertanya kepada adiknya.
“Hah..jawablah.
Ke kau dah pekak”tanya Daliya lagi.
“Disebabkan
keputusan kau yang nak batalkan perkahwinan keluarga kita dapat malu. Keluarga
Adam pun dapat malu. Kau malukan kita orang semua. Kau tahu tak”marah Daliya
tidak teragak-agak. Perasaan teruja berjumpa dengan Fina mati setelah teringat
kembali apa yang dilakukan oleh adiknya. Fina menunduk.
Daliya
memandang sinis wajah adiknya yang sedang menunduk sambil menangis.
“Buat apa kau
menangis. Menyesal. Jangan ingat aku nak percaya cakap kau”marah Daliya lagi.
Suaranya yang kuat membuatkan Damia bergegas menuju ke arah Fina. Fian sedang
menangis.
“Adik minta
maaf angah..Adik”
“Adik..siapa
kakak kau. Sejak kau malukan keluarga
kita aku dah tak anggap kau lagi sebagai adik. Anak tak sedar di untung. Sampai
hati kau Fina. Sampai hati kau kecewakan mama dan papa. Kau bukan lagi keluarga
aku. Kau bukan adik aku. Jangan kau berani jejakkan kaki kau di rumah lagi”jerit
Daliya. Dia menampar pipi Fina. Zarif disebelah yang terkejut melihat
kekasihnya itu sedang marah cuba menenangkan Daliya. Dia menarik keluar tangan
Daliya keluar dari butik itu.
Fina menangis
teresak-esak. Air matanya laju mengalir di pipinya. Ya Allah, hanya Tuhan
sahaja yang tahu betapa sedihnya hati apablia seorang kakak berkata begitu.
“Fina..sabar
Fina. Aku yakin kau kuat”sebak hati Damia melihat Fina yang tidak henti-henti menangis.
Dia mengesat air mata Fina yang mengalir.
“Aku tak kuat
Mia nak jalani ni semua. Hari ini aku jumpa angah. Esok-esok kalau aku jumpa
along. Mahu dibelasahnya aku. Mereka semua dah buang aku Mia. Aku dah tak ada
keluarga”
Mia
mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Fina yang kembali menangis
ditarik ke dalam pelukan. Dia faham sendirinya dia muka bumi ini tanpa keluarga
sangat menyedihkan. Dia faham perasaan Fina yang sudah lama tidak berjumpa
dengan keluarganya kerana dia mempunyai perassan yang sama. Sejak kecil dia
telah ditinggalkan oleh ibu bapanya dan dihantar ke rumah anak yatim. Selepas mendapat tawaran menyambung pelajaran
di Moscow Mia tidak teragak-agak untuk ke sana dan di sanalah dia bertemu
dengan Fina. Mereka berkawan baik hampir empat tahun.
DUA
Zarif
memandang tunangnya disebelah. Muka Daliya kelihatan merah . Jelas mukanya yang
sedang marah. Zarif tenang memandu. Dia
ingin menanyakan sesuatu kepada Daliya.
“Jadi
perempuan di butik tadi tulah adik Liya”tanya Zarif.
“Adik ? Dia
bukan adik Liya lagi. Selepas apa yang terjadi, Rif ingat Liya nak terima dia
sebagai adik.”
“Liya…mungkin
Fina ada alasan kenapa dia buat macam tu. Tak mungkin kan dia nak putuskan
perkahwinan dia tiba-tiba macam tu. Mesti ada sebab yang dia tak nak kita
tahu”jelas Zarif.
“Sebab ? Tak
mungkin ada sebab dia nak buat macam tu lah Rif. Dia memang sengaja. Sengaja
memalukan kami semua”
“Sudahlah
Rif..berhenti cakap pasal dia. Meluat Liya nak dengar”Liya berpaling ke luar
tingkap.
Zarif tidak
terkata melihat sikap Liya. Begitu sekali bencinya Liya terhadap adiknya
sendiri.
“Liya nak
pergi mana lagi lepas ni”tanya Zarif.
“Liya nak
balik rumah. Liya dah tak ada mood nak keluar”
“Rif tolong
hantar Liya balik rumah ye”mohon Liya.
TIGA
SEPANJANG
perjalanan pulang Fina tunduk dan diam membisu. Damia melihat ke wajah Fina.
Tiada senyuman langsung. Mukanya sedih. Damia pasti Fina masih lagi memikirkan
tentang apa yang dikatakan oleh Daliya. Damia menukar laluan. Tidak jadi pulang
ke rumah. Dia mahu membawa Fina ke Secret Recipe. Damia yakin Fina akan ceria
semula selepas makan kek kegemarannya.
Damia
memakirkan keretanya di sebelah Toyota Supra memandangkan di situ sahaja tempat
kosong yang ada dan juga betul-betul di hadapan Secret Recipe. Damia mlihat ke
arah kereta di sebelahnya. Cantik. Dibandingkan dengan keretanya. Sebuah Kelisa
dan sebuah Ferrari. Dah sah-sah keretanya terjunam ke belakang.
“Dah sampai
rumah ke”tanya Fina perlahan apabila dia merasakan kereta Damia sudah berhenti.
“Bukanlah.
Kita tak balik rumah lagi. Aku bawa kau pergi makan kek. Jom”ajak Damia.Mia
membukakan pintu kereta untuk Fina.
“Silakan tuan
puteri”usik Mia. Fina terhibur dengan telatah Mia.
“Tuan puteri
lah sangat”Fina tergelak kecil.
“Aku boleh
jalanlah..”kata Fina semasa Damia memegang tangannya.
“Jangan
banyak bunyi..ikut jelah. Depan tu ada tangga nanti kau jatuh”perihatin Damia
terhadap kawannya. Tanpa mereka sedari terdapat sepasang mata yang sedang
melihat telatah mereka sehinggalah mereka duduk di kerusi meja yang ada di
dalam kedai itu.
“Aku pergi
order dulu. Kau nak apa”
“Aku tau kau
mesti nak kek Chocolate Indulgence kan.”belum sempat Fina menjawab Mia terlebih
dahulu.
Mia kembali dengan membawa dua potong kek.
Chocolate Indulgence untuk Fina dan Oreo Cheese untuk dirinya. Fina menikmati
kek yang berada di hadapanya..
‘Yummm..sedapnya’desis
Fina. Dia menutup mata menikmati kek sambil tersenyum.
“Aduhh…hoi
sakitlah”Fina membuka mata apabila pipinya terasa perit.
“Yang kau tu
kenapa. Makan kek tutup mata lepas tu senyum-senyum pula.”pelik Mia melihat
perangai Fina.
“Kau apa tau.
Aku tengah menikmati betapa sedapnya kek ni”kata Fina sambil tergelak. Hilang
masalah yang dia fikirkan sebentar tadi. Mia yang berpura-pura tak tau
tersenyum. Memang kek ni sahajalah yang dapat buat Fina kembali ceria.
“Aku dah
habis makan. Jom cepat aku nak balik”usik Mia. Fina mencebik.
“Kau ni aku
tak habis makan lagi”muncung lagi si Fina ni.
“Babe…agaklah
aku baru duduk sini. Kau tu baru sesuap makan kek tak kan aku makan kek aku dah
habis kot”Mia ketawa. Suka dapat mengusik si Fina.
EMPAT
SELEPAS
seminggu kejadian di butik Mia, Fina tidak berani lagi untuk duduk di kaunter
depan. Dia takut akan bertembung dengan Daliya mahupun ahli keluarganya yang lain. Fina
menyembunyikan diri dengan duduk di bilik belakang bersebelahan dengan bilik
stor. Mia tidak membenarkannya untuk tinggal sendirian di rumah.
Seminggu
jugalah Fina tidak menemani Mia keluar membeli belah-belah. Mia tidak akan keluar
melainkan dia menemani Mia. Pada hari Sabtu itu Fina menemani Mia keluar pergi
membeli belah di KLCC. Mia setia berjalan seiringan dengan Fina. Tidak sedikit
pun dia merungut dengan langkah Fina yang perlahan.
Mia membawa
Fina ke Kinokuniya. Dia ingin membeli buku.
“Mesti
banyakkan novel-novel baru sekarang ni. Rindu pulak nak baca novel”sayu suara
Fina. Mia yang sedang membelek-belek novel mengalihkan pandangannya ke arah
Fina.
“Fina..kau
janganlah macam. InsyaAllah suatu hari nanti mesti kau dapat baca semula
novel-novel ni.”Mia tahu Fina sedih kerana tidak dapat membaca novel itu semua.
Yelah..macam mana nak baca kalau mata
Fina sudah buta..Bukannya dia tak tahu bahawa Fina juga kaki novel macam dia.
“Dahlah aku
ambil dua buah je. Jom pergi bayar”Fina hanya mengikut dan melangkah sambil
menunduk apabila tangannya ditarik oleh Mia. Baru beberapa langkah Fina
melanggar seseorang sehingga menyebabkan kedengaran bunyi buku jatuh daripada
pegangan seseorang. Tongkatnya juga jatuh.
Fina cuak. Tu
lah kalau jalan sambil mengelamun. Fina meraba-raba tongkatnya.
“Maaf..maaf
saya tak sengaja”kata Fina. Tangannya masih meraba untuk mencari tongkatnya.
“Sara..”seru
seseorang. Fina tergamam. Nama itu..hanya seseorang sahaja yang memanggilnya
dengan nama Sara.
“Fina..kenapa
ni”Mia muncul dia mengambil tongkat yang jatuh dan memberikannya kepada Fina.
Mia tergamam. Baru dia perasan lelaki yang sendang duduk dihadapan Fina sambil
memegang buku.
“Adam..asal
kau duduk kat situ”kata Daffa. Adam dan Mia memandang ke arah Daffa. Mia tidak
tahu hendak berbuat apa apabila dia melihat Daffa.
“Aku..”
“Mia bawak
aku pergi dari sini Mia. Tolong cepat sikit.”Fina cepat-cepat bangun dengan di
bantu oleh Mia. Dia ingin pergi dari situ.
‘Ya Allah..mereka
masih berkawan. Sangka Fina dengan keputusan membatalkan perkahwinannya dengan
Adam, Adam akan memutuskan persahabatanya dengan abangnya Daffa. Tetapi apabila
mendengar suara abangnya yang mesra memanggil Adam..arghhh..Fina berjalan
dengan pantas.
“Finaaaaa”jerit
Daffa. Dia berlari mendapatkan adiknya. Jadi memang betul Fina sudaah pulang ke
Malaysia. Fina jugalah yang dinampaknya di Secret Recipe minggu lepas.
“Fina tunggu
along”Daffa mencengkam lengan Fina. Dia inginkan jawapan daripada Fina dengan apa
yang terjadi selama ini. Fina menangis. Dia tidak sanggup berhadapan dengan
Daffa apa lagi kalau Daffa bersama Adam.
“Lepaskan
Fina..lepaskan Fina.”Fina meronta untuk dilepaskan tangannya.
“Mia..mia..tol”
“Saya nak
bawak adik saya. Nanti saya akan hantar dia semula ke rumah awak. Tolong send
kan alamat rumah rumah kepada saya.”Daffa menghulurkan kad nama kepada Mia dan
berlalu dengan memegang lengan Fina yang masih berusaha untuk melepaskannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan