Home Klik Di Bawah

Selasa, 27 Oktober 2015

INFO - Beza Kad Memori SD: Kelajuan, Saiz dan Kapasiti

 Kad Memori SD

Kad memori SD digunakan pada pelbagai peranti seperti kamera digital, telefon pintar, pemain muzik, tablet dan juga sesetengah komputer riba. Namun begitu, tidak semua kad memori SD dijadikan serupa dan pelbagai faktor yang membezakannya iaitu kelas kelajuan, saiz fizikal dan kapasti perlu diambil kira.
Lain peranti, lain keperluan kad memori SD yang diperlukannya. Berikut adalah perbezaan yang perlu diketahui anda ketika ingin melakukan pembelian kad memori SD untuk peranti anda.


Kelas Kelajuan (Speed Class)

Pada asasnya, bukan semua jenis kad memori SD menawarkan kelajuan yang sama. Ianya berdasarkan keperluan penggunaannya pada peranti-peranti di mana ianya ditempatkan. Sebagai contoh, penggunaan kad memori SD berkelajuan tinggi amat berguna jika anda adalah jurugambar profesional yang gemar mengambil foto-foto bersiri dengan kadar yang cepat melalui kamera DSLR dan kemudian menyimpannya dalam format RAW berdefinisi tinggi. Begitu juga halnya jika anda ingin merekod video berdefinisi tinggi dan terus menyimpannya ke dalam kad memori SD, peranan kelajuan kad memori SD amat ditagih dalam keadaan ini.
Namun, bagi pengguna yang menggunakan kad memori SD sekadar untuk menyimpan fail-fail media biasa pada telefon pintar atau sekadar mengambil foto-foto pada kamera biasa, kelajuan kad memori bukanlah faktor penting yang perlu dititik beratkan.SanDisk Ultra Plus 128GB
Pengeluar menggunakan Kelas Kelajuan (Speed Class) untuk mengukur kelajuan kad SD. SD Association yang memberikan takrifan piawaian untuk kad SD tidak memberikan takrifan untuk kelajuan yang sepatutnya dikelaskan untuk kad SD. Walaubagaimanapun, SD Association tetap menyediakan garis panduan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Di pasaran, kad SD dibahagikan kepada empat kelas kelajuan iaitu 10, 6, 4, dan 2, di mana 10 adalah paling pantas dan 2 adalah yang paling perlahan.SD Class Speed
Kelas 2 sesuai untuk digunakan rakaman video berdefinisi biasa, manakala Kelas 4 dan Kelas 6 pula sesuai untuk digunakan pada rakaman berdefinisi tinggi. Kelas 10 pula bersesuaian dengan kerja-kerja rakaman video HD penuh.

Selain dari empat kelas kelajuan berkenaan, terdapat lagi dua kelas yang lebih pantas dari yang disenaraikan di atas. Kelas kelajuan Ultra High Speed (UHS) direka untuk kegunaan profesional dan ia direka untuk digunakan pada peranti yang menyokong penggunaannya.SD Card UHS Class Speed
Sepatutnya, untuk kegunaan harian, penggunaan kad SD kelas 4 dan kelas 6 sudah memadai. Kad SD kelas 10 pula sesuai digunakan untuk rakaman video berdefinisi tinggi dan foto berformat RAW berkualiti tinggi. Untuk kad SD kelas 2 pula, anda sebolehnya mengelak dari menggunakannya kerana faktor kelajuaannya yang memberikan kesan terhadap prestasi peranti anda. Hari ini, telefon pintar dengan harga di bawah RM500 pun mampu merakam video berdefinisi tinggi.
Terdapat juga sesetengah kad memori SD yang tidak dilabelkan dengan kelas kelajuan. Kelas ini dilabelkan sebagai Kelas 0 kerana ia dihasilkan sebelum kewujudan sistem pengkelasan kelajuan dan biasanya ia lebih perlahan dari Kelas 2.

Saiz Fizikal

Saiz kad memori SD bergantung dengan peranti mana ianya digunakan dan ianya terdapat di dalam tiga bentuk – saiz standard, SD mini dan SD mikro.

Kad SD bersaiz standard merupakan saiz yang paling besar dari ketiga-tiga saiz kad memori ini. Ia berukuran 32 x 24 x 2.1 mm dengan berat sekitar 2 gram. Kebanyakan kamera digital biasa hari ini masih lagi menggunakan kad memori SD bersaiz standard ini.

SD mini pula lebih kecil berbanding saiz standard dengan ukuran 21.5 x 20 x 1.4 mm dan berat sekitar 0.8 gram. Saiz ini semakin jarang ditemui dan ianya diwujudkan dengan tujuan untuk digunakan pada telefon bimbit. Namun, telefon pintar hari ini menggunakan kad SD yang lebih kecil saiznya, SD mikro.

SD mikro yang paling kecil saiznya ini berukuran 15 x 11 x 1 mm dengan berat cuma 0.25 gram. Ia merupakan kad mikro SD paling banyak digunakan hari ini melalui kehadiran telefon pintar yang semakin nipis rekabentuknya. Selain dari telefon pintar, ia juga kerap digunakan pada tablet.

Kad-kad memori SD yang bersaiz kecil seperti SD mikro masih lagi boleh digunakan pada slot yang lebih besar seperti yang bersaiz standard melalui pengggunaan adapter.SanDisk SD Adapter

Kapasiti dan format

Sepertimana pemacu-pemacu lain, kad-kad SD hadir dengan pelbagai jenis kapasiti mengikut keperluan pengguna. Bezanya kad-kad SD hadir dengan tiga format yang berbeza, SD, SDHC, SDXC dan ketiga-tiga format ini tidak backward compatible di mana kad-kad baru tidak boleh digunakan pada peranti yang hanya menyokong format lama.

Ketiga-tiga format SD ini hadir dengan ciri-ciri berikut;

SD: Mempunyai kapasiti maksima 2 GB dan boleh digunakan pada mana-mana slot kad SD
SDHC: Mempunyai kapasiti sehingga lebih dari dari 2 GB dan maksima 32 GB dan boleh digunakan pada peranti yang menyokong SDHC dan SDXC.

SDXC: Mempunyai kapasiti lebih dari 32 GB dan mampu mencapai sehingga 2 TB. Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kapasiti maksima yang boleh diperoleh di pasaran hanya pada 512 GB.

Buat masa ini, format SD yang paling kerap di pasaran adalah SDHC. Manakala SDXC yang lebih baru, masih lagi jarang-jarang untuk diketemukan.

Pastikan ketika anda membuat pembelian kad-kad SD yang baru, anda telah menilai faktor kelajuan dan kapasiti yang anda perlukan berdasarkan kemampuan peranti-peranti anda.

Imej cover diperoleh dari iStockphoto/http://anakaskarpencen.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan