Setiap orang pernah merasakan suatu
kekecewaan, kegagalan, dan kekecewaan. Kadangkala semuanya datang
sekaligus, dan kita merasa dunia seperti runtuh.
Selepas itu pula kita melihat segala-galanya dari sudut negatif. Segala sesuatunya kelihatan hancur berderai.
Sekarang cuba kita melihat dari sudut
lain untuk bangkit kembali. Bertindaklah. Lakukan sesuatu yang positif.
Walau itu mungkin hanya menyapu halaman, atau mengemaskini file-file
lama dari komputer kita
Lakukan tindakan, di mana kita adalah penguasa hidup kita, dan anda akan merasa fokus secara positif.
Tindakan kecil yang dapat mengubah sikap anda secara ajaib.
Cubalah menolong seseorang. Lakukanlah
sesuatu untuk orang lain. Cuba melayani orang lain. Semakin kecil orang
itu, semakin baik.
Renung kembali keuntungan dalam hidup kita. Banyak hal baik dalam hidup anda, dan sering anda lupa bersyukur.
Hargai dan bersyukurlah atas tempat
tinggal kita, atas kesihatan kita, atas keluarga kita, atas pengalaman
hidup, atas sahabat anda, pengetahuan kita,dan hidup yang kita miliki.
Cari rintangan hidup baru. Arahkan
kembali energi negatif dan kekecewaan kita pada sesuatu yang dapat
mengangkat kita untuk berbuat lebih baik.
pakar cintaPositif atau negatif, semuanya cuma ada dalam fikiran. Ubah sikap anda,dan majulah! =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan