Home Klik Di Bawah

Isnin, 26 Oktober 2015

Resepi Cara Buat CHEDDAR CHEESE MUFFIN Lembut & Sedap


Bahan A :-)
175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
50 g parutan keju cheddar
 

Bahan B :-)
50 g mentega, dicairkan
2 biji telur gred A
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus
1 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan C :-)
Sedikit parutan keju cheddar
Sedikit gula aising

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan 12 muffin cup atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tuang ke dalam bahan2 A tadi dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam bekas yang disiapkan tadi. Tabur dengan parutan keju cheddar dan bakar 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejuk. Ayakkan dengan gula aising dan hidangkan untuk minum petang.
mat gebu / scaniaz.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan