Cinta tak selalunya berakhir dengan bahagia. Ada yang berakhir dengan kepahitan dan meninggalkan kenangan buruk.
Jadi, sebelum rasa sakit menghantui anda, jangan sampai anda mencintai orang yang salah.
Jika tidak, dri anda yang terluka. Sebelum terlambat, kenali 10 tanda sama anda anda mencintai orang yang salah atau tidak!
1. Selalu rasa tertekan
Pernah tak
anda ada perasaan ganjil seperti rasa tertekan apabila berada di
sisinya? Itu tandanya anda mencintai orang yang salah.
2. Perlu sentiasa berhati-hati
Ketika
bekerja memang kita perlu berhati-hati, jika tidak kita lakukan
kesilapan dan akan dimarahi oleh bos. Tapi kalau dalam hubungan perlu
sentiasa berhati-hati walaupun dalam hal kecil, itu bukan lagi cinta!
3. Tidak lagi rasa bahagia
Salah satu tanda anda mencintai orang yang salah ialah anda tidak lagi rasa excited atau bahagia jika bersama dengannya.
4. Jumpa je gaduh!
Jika jumpa je selalu gaduh dan ada je benda tak kena di mata dia, itu tandanya si dia bukanlah orang yang sesuai untuk anda.
5. Rasa tertindas
Jika anda je yang nak kena mengalah dan ikut je apa yang dia nak, tu bukan cinta dah tu.
6. Tidak menjadi diri sendiri
Si dia minta kamu ubah itu, ubah ini sehinggakan kamu tidak lagi menjadi diri sendiri. Memang anda silap memilih pasangan.
7. Rasa takut tiap kali melihat wajahnya
Hubungan
yang bahagia tidak perlu ada rasa takut. Jika anda rasa takut tiap kali
melihat wajahnya, itu tandanya anda mencintai orang yang salah.
8. Anda tidak dibenarkan masuk dalam hidupnya
Dalam
hubungan, setiap perkara tentang pasangan, kita perlu tahu. Tetapi,
apabila si dia menyekat anda untuk masuk dalam hidupnya, itu tandanya
dia tidak mahu anda terlibat dengannya secara langsung.
9. Si dia menyimpan rahsia dari anda
Jika si dia sampai tahap menyimpan rahsia penting dari anda, itu tandanya anda tidak lagi penting dalam hidupnya.
Sayang biar berpada-pada. Kalau dah sampai tahap control hidup anda, itu bukan sayang namanya. Tinggalkan sahaja okay!
Sumber : Hanasuva/ terbakor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan