Salah satunya seperti yang terjadi di Zadar, Croatia. Di bandar ini dibina sekatan garis pantai yang biasa disebut Sea Organ atau Morske Orgulje.
Seperti alat muzik organ pada umumnya, Sea Organ juga boleh menghasilkan muzik yang indah. Menariknya, muzik tersebut terbentuk daripada gabungan antara seni bina bangunan dan ombak laut Adriatik.
Sekatan pantai tersebut direka oleh seorang arkitek yang pernah meraih anugerah, Nikola Basic. Nikola terinspirasi sistem hydraulis pada masa Yunani kuno.
Orang-orang pada masa itu menggunakan sistem paip dan air untuk menghasilkan suara. Air akan menekan udara di dalam paip dan membuat pelbagai nada hingga menjadi muzik yang menarik.
Ketika ini Sea Organ menjadi salah satu daya tarikan bagi pelancong yang datang ke Croatia. Ingin tahu bagaimana bunyi dari Sea Organ? Jom layan video berikut ini.
zamrisponn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan